nuffnang

24 December 2011

Home Made PopCorn

Kali ni ibu nak ajar buat popcorn sendiri....mudah memang mudah sangat-sangat...

Dan yang penting mesti ada Fryer ( Tupperware Brands )..mane rupanya Fryer ibu tu...jap ek...ibu nak selak album...ade ke tak....

haaa...
ade pon...yg tulih FRYER tu...nampak tak...????

Sekarang memang tak de offer...tapi,ibu bagi offer sendirian berhad...boleh bayar 2 kali dgn ibu...maklumlah,barang mahal sangat...TERASA duit melayang bila beli sebiji fryer yg nampak macam kuali2 biasa yg kita selalu jumpa kat Giant, Jusco and Tesco.

Tapi ..itulah kelebihan Fryer ni yang memang tiada bandingannya dengan kuali2 leper yang U all tgk kat shopping2 mall tadi..
Kelebihan Fryer :
* Boleh mengukus
* Boleh membakar (buat kek, pizza, chicken grill,popcorn )
* Boleh menggoreng apa sahaja makanan.

Banyak lagilah kelebihannya bila kita rajin menggunakannya...jangan pulak bila dah beli...dok simpan dalam kabinet jerr....

Ok OK...melalut je ibu ni...tadi kata nak ajar wat popcorn...
ok ok...

RESEPI POPCORN

1. Sebungkus biji jagung (300gram) nipun dapat banyak tau..
2. Sedikit planta.
3. Sedikit gula
4. Pewarna kegemaran.

ni 1st step :



ermm....panaskan Fryer..ingat...api kena pelahan jer tau...
boh planta hujung2 sudu je...tunggu cair dan panas...

2nd step :





Bila minyak sudah panas...masukkan biji jagung yang dah dibasuh dan di toskan airnya.
Tutup Fryer dengan Glass Cover ..
Tunggu sehingga dia meletop-letop...
waaahhh...camner nak upload video yer...?? ibu nak tunjukkan jagung yang dah pop-pop ni...

ermm...mudah-mudahan u all bolehlah tgk video ibu ni yer...

Akhirnya jadilah popcorn kita...dan bolehlah disira dengan gula dan dibubuh sedikit pewarna utk nampak cantik lagi....

jen jenggg....


hasilnya...boleh dimakan bila-bila masa sajer...siap dalam 10min ajer...kan jimat masa tenaga dan minyak kereta....tak perlu lagi beli kat paso malam...heee...
semoga berjaya yer...

05 December 2011

order sajer

**..:: ASSALAMUALAIKUM ::..**

DATE : 3rd DIS 2011
EVENT : PAINTBALL GAME


JUMAAT :
TENGAHARI ::
siap packing sikit2 dulu utk meringankan beban ibu bila dah pindah nanti...memanglah penat.. Lepas habis jer solat jumaat, ibu dgn abah pegi survey warna cat apa yang sesuai utk rumah baru kami. Akhirnya sepakat memilih warna coklat a.k.a CIDER BY KCC.
1 TONG = RM70
Ibu amik 2 tong dan tambah pula warna putih utk undercoat.
Banyaknya kos nak move in new house ni kan.

So, ibu n abah pun dah ready utk aktiviti mengecat. Malam ni simpan tenaga untuk esok ye.

MALAM ::
Abah pulak call dari Cyberjaya bagitahu yang kawan2nya nak order nasi lemak utk game esok hari...Terfikir juga ibu,macamnalah nak masak dengan rumah huru hara...barang2 banyak yg dah packing dalam kotak. Bahan2 pun tak mencukupi. Tapi,bila kenangkan hobi memasak yang diwarisi oleh opah ni....ibu confirmkan saje order tu. Ibu terus pecut motor menuju ke kedai AAA utk penyediaan bahan2 asas. Abah balik saje nanti belikan ibu ayam mentah 3 ekor cukup sbb utk 40 bungkus saje.
So, malam ini, NO FESBUK, NO TUPPERWARE ORDER, NO CHATING....!!! Ibu nak tidur awal utk cergas esok paginya.

SABTU ::
Alhamdulillah, ibu dapat bangun awal lebih kurang jam 3.45pagi utk menyediakan tempahan ini. Sementara semuanya masih diulit mimpi, ibulah bertungkus lumus menyiapkan semua menu tersebut. Alhamdulillah, tak banyak permintaan yang "mengada-ngada"...just simply siti....

 NASI LEMAK UNTUK 50 ORG MAKAN..
Padahal order hanya 40 bungkus sajer...
heeee..~~~


 SAMBAL AYAM MERAH. 3 EKOR POTONG 16.
Special sambal ayam ni sebab masak menggunakan Tupperchef WOK from Tupperware Brands.

Taaarraaaaaaaaaaaaaaa.....!!!
Haaaa....amacam???
Ok tak...???
Biasa2 sajer...menguji bakat memasak. Mana tahu Allah mudahkan rezeki dapat buka restoran biasa2 pun dah syukur. Apapun kena doa dengan Allah semoga Allah memberi apa yang ibu hajati ini..

AIR ???
Iyer daaa....
Mesti abah lupa nak snap pic tadi...

HARGA ???
ermmm....ni harga sesuka hati.... kawan-kawan... ibu caj sebungkus RM3.50 saje. Air pula air teh 50 sen sajer satu kepala. Plak tu minum sampai puas....ermmm....jadilah dapat berbakti sekaligus membiasakan diri dengan aktiviti memasak ni yang telah lama ditinggalkan sejak kelahiran baby ke3 ibu ni...

jen jenggg.....
Siap 40 bungkus nasi lemak hari ini.....
Alhamdulillah rezeki...


AZAM ??
Insyallah....ibu akan meneruskan tradisi masak memasak ni sehingga hujung nyawa...Terima kasih ABAH kerana sentiasa menyokong hobi ibu ni yer...


23 October 2011

Nasi Jagung

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengikuti perkembangan resepi ibu...
Hari ni ibu masak nasi jagung. Nasi ni ibu belajar dari emak ibu (opah). Opah tu pun belajar dari suami kakak dia iaitu pak sedara ibu lah (pak Lang)... Utk pengetahuan semua, kalau nasi jagung ni pak lang yang masak....gerenti sedaaappp saannggaatttt....Ibu pun tak tahulah apa resepi yang kurang sebab rasa nasi jagung ibu dgn pak lang ni amat2 lain rasanya...kiranya boleh di bezakan walaupun ibu dah expert masak nasi jagung ni...ceewwwaaaahhhhhh.............. wei weeiitttttttttt........... :)


Jom tengok dulu rupanya....tarrraaaaaaaaaaaaaa....




waahhh....enaknya...


Ok lah...jom tengok resepinya pulak...

Resepi Nasi Jagung ( hidangan untuk 4-7 org )

Bahan-bahan:
3 pot kecil beras  dicuci dan ditoskan
1 labu bawang besar
10 biji kacang gajus
5 biji kacang badam
Minyak Jagung
1/2 tin susu cair / santan
1 tongkol jagung dihiris
Pewarna kuning


Cara memasak :
Sangaikan/bakar kacang gajus dan kacang badam sehingga garing kekuningan.
Kisarkan bawang besar  bersama kacang gajus dan badam. Jangan terlalu hancur.
Panaskan sedikit minyak jagung utk menumis.
Tumiskan bahan kisar td sehingga naik aromanya.
Biarkan sehingga ia garing sedikit dan masukkan air mengikut sukatan beras.
Tunggu sehingga air agak nak mendidih sedikit kemudian bubuh garam atau perasa.
Untuk mendapatkan warna nasi yang cantik, bolehlah titiskan 2-3 titik pewarna kuning.
Anda boleh rasa sedikit air rebusan tadi samada sudah cukup rasa atau kurang rasanya.
Setelah air itu baru mendidih, masukkan beras yang telah dicuci tadi dan kacau rata.
Tutupkan periuk nasi itu seketika sehingga mendidih lagi.
Setelah itu tuangkan susu cair dan jagung yang telah dihiris. Pastikan air ketika itu belum kering bagi memudahkan jagung itu masak.
Setelah jagung digaulkan dgn nasi yang hampir kering tadi, kecilkan api dan tutup periuk anda sehingga nasi itu benar-benar telah masak.


Petua : 
Bagi mengelakkan nasi menjadi mentah akibat kekurangan air, anda bolehlah mengambil sedikit daun pisang anggaran sebesar tutup periuk nasi itu tadi. Basuh bersih dan dilap sehingga kering. Kemudian, setelah nasi itu kering, letakkan daun pisang diatas nasi itu tadi dan biarkan nasi anda masak bersama-sama dengan daun pisang tersebut.


SELAMAT MENCUBA...!!!


Senang jer kan nak buat nasi jagung ni...lauknya anda bolehlah reka sendiri samada nak dipadankan dengan ayam goreng berempah atau sambal udang galah..jelatah ataupun kari dalca....waahhh....semoga dengan air tangan sendiri ini,akan menambahkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri serta anak-anak....


Tunggu resepi seterusnya....AYAM GORENG BEREMPAH.....
:)

20 September 2011

Cream Puff

Hai anak-anak ibu...pasti semuanya sihat2 belaka...
Jom share resepi baru lagi dengan ibu nak..???


Kali ni ibu nak kongsi resepi Cream puff...memang mudah sangat nak buat...dan paling best nyer...memang sesuai untuk yang baru pertama kali nak cuba sebab bahan-bahan yang ibu guna ni memang untuk kuantiti yang sedikit....so, kalau tak jadi pun...tak lah membazir sangat kan...tapi harap2...semuanya menjadi kalau anak-anak ikut semua bahan2 ni...


PIC ibu tak dapat nak upload sekarang...sebab abah keluar tadi tak sempat nak emel pic2 tu...so,kena tunggu abah baliklah ...


Cream Puff untuk anggaran 10 biji sahaja


Bahan-bahan :
-. 100ml air
-. 45g butter
-. 60g tepung gandum
-. 2 biji telur
-. sedikit esen vanilla


Cara-caranya :
- Masakkan air dan butter dalam periuk yang bersih. Masak dengan api sederhana. Kemudian kuatkan sehingga mendidih. Kemudian tutup api.


- Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau serta merta dengan pantas.


- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian tutup api.


- Masukkan telur dan adunan tadi ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi ringan dan bertali. Titiskan sedikit esen vanilla.

- Panaskan wok Tupperchef dengan api perlahan dan tutup.


- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan bentukkan mengikut citarasa sendiri.


- Sedia untuk dibakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan.


- Pastikan puff anda betul-betul masak sehingga berongga.


Cream custard

Bahan-bahan :


-. 2 sudu besar tepung custard
-. 4 sudu besar gula halus
-. 400 ml susu segar
-. 1 sudu besar mentega


Cara-cara :
-. Gaulkan tepung custard dengan 200ml susu dan masukkan gula di dalam periuk yang bersih. Kacau sehingga sebati. Jangan ada yang berketul.


-. Panaskan campuran susu tadi dengan api yang perlahan dan tuangkan baki susu tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi pekat seperti cream. Tambahkan susu jika adunan terlalu pekat.


-. Kacau dengan senduk kayu sehingga mendidih dan tutup api. Ambil mentega dan gaulkan dengan cream tersebut untuk menjadikan cream kita tampak cantik dan berkilat disamping mengelakkan cream kita tadi "berkepala".


-. Tunggu cream sejuk dan pipe ke dalam puff yang telah sejuk dan hidangkan untuk minum petang bersama keluarga.


-. SELAMAT MENCUBA .-

13 August 2011

cheese tart masak dgn kuali Tupperware a.k.a WOK

Assalamualaikum...

hai semua....lama dah ibu tak masukkan resepi2 dalam ni...kali ni ibu nak share resepi cheese tart.
Baru-baru ni ibu ada belajar buat cheese tart...belajar dgn buku jer...
Geram sangat tengok cheese tart ni, ibu try jugak lah.Lg pun...anak-anak ibu ni mmg suka dgn cheese tart.
Bukan anak jer...abahnya pun sama...suka sangat-sangat suka....

Yang specialnya....cheese tart ibu ni masak guna kuali jer...bukan sebarang kuali yer anak-anak...kuali Tupperware ni mmg multi-function...
Bakar...steam...grill...mcm2 boleh...

SO...ini dia resepi utk cheese tart..


Tart Crust / Shell .

Bahan-bahan :

    170 gm marjerin
    50 gm gula aising
    1 biji telur Gred C
    290 gm tepung gandum
    1 sudu kecil esen vanilla



Cara membuatnya :

    Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
    Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
    Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
    Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
    Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
    Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.



Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan
crust menjadi keras sangat.





Cream Cheese Filling
Bahan :

    250gm cream cheese
    50gm gula kastor / gula halus
    1 biji telur Saiz B
    ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila



Cara membuatnya :

    Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
    Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
    Masukkan filling ke dalam kulit tat.
    Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c.
Sentuh cream dengan hujung jari.
Jika tidak melekat, maknanya telah masak.
Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok:


    Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
    Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan.
JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
    Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses
mengisi adunan ke dalam crust.
    Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust
.



taaarraaaaa.....
bior buruk...asalkan sedaaapppp....




haaaaa....ini dia rupa kuali yg ibu guna utk membakar cheese tart tu......

14 June 2011

Makaroni goreng

:::::::::::::::::::::::::::::: restoran ibu :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
:::::::::::::::::::::::::::::: cheff : ibu jugak ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Seawal pagi ibu dah bangun menyiapkan keperluan anak-anak...terasa letih bila abah tiada disisi untuk meringankan beban kerja ibu..
Anak-anak masih diulit mimpi tatkala ibu sibuk menyediakan sarapan pagi...ketang ketungg ibu di dapur. Hampir 30 minit siap sudah makaroni kegemaran anak-anak. Lantas ibu terus menggesa mereka bangun untuk bersiap ke sekolah.

Alhamdulillah...Allah menguji ibu supaya bersabar..

Tepat jam 7 pagi...
Anak-anak telah bergaya dengan pakaian seragam masing-masing. Mereka tak sabar nak ke sekolah hari ni kerana nak makan makaroni dengan kawan2. Macam biasa...ibu bekalkan mereka seorang sebiji TUPPERWARE sambil berpesan..
" Jaga Tupperware ni yer...mahal tau ibu beli..jangan bagi hilang...makan dengan kawan sampai habis yerr..."
"Ok...", sempoi saja jawapan mereka. Dia tak tahu dalam hati ibu ni punyalah risau kalau2 Tupperware tu hilang...tapi ibu dah tahu...mereka pandai jaga...sebab dah dilatih dari kecil supaya menghargai barang2...


TTAAAAAAAAAAaaaaaRRRRaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.................sedap kan...

04 June 2011

Terima kasih ibu

Dear Sahabat,
Ini adalah cerita fiksi dari penulis yang sebenarnya sangat tidak mungkin terjadi. Tetapi mari kita berandai-andai, seandainya bisa untuk saling merasakan, tujuan dari cerita fiksi ini adalah dengan tujuan untuk saling mengerti juga saling pengertian antara suatu beban pekerjaan yang sebenarnya terlihat sepele tetapi mempunyai kemuliaan yang tersembunyi.

Seorang suami yang usai beribadah lalu berdoa, “Tuhan, dari hari senin sampai dengan sabtu saya harus bekerja dari siang bahkan hingga larut malam, kesemuanya saya lakukan untuk memenuhi kebutuhan keluarga juga kebutuhan istri saya. Tetapi saya melihat, istri saya sangat nikmat hidupnya. Ia tak pernah bekerja keras seperti saya, dia hanya dirumah dan duduk-duduk bersama anak saya. Sementara saya harus pulang malam bahkan terkadang hari minggu pun saya harus bekerja. Saya tidak terima. Saya ingin memberinya pelajaran, tolonglah ubah saya menjadi seorang istri dan ubah istri saya menjadi suami, karena biar istri saya juga mengetahui dan merasakan apa yang saya rasakan saat ini.”

Tuhan hanya tersenyum melihatnya berdoa yang bahkan tak pernah ada seorang suami yang berdoa seperti ini.  Permohonannya telah dikabulkan oleh Tuhan.

Keesokan kehidupan baru dimulai, suami yang telah berubah menjadi istri itu terbangun dan cepat-cepat ke dapur untuk menyiapkan sarapan dan ia membangunkan kedua anaknya untuk mandi dan siap-siap ke sekolah.

Ia mengumpulkan baju-baju kotor ke dalam mesin cuci dan langsung mencucuinya. Setelah suami (istri yang telah diubah oleh Tuhan) dan anak pertamanya berangkat, ia mengantar anaknya yang kecil ke sekolah taman kanak-kanak yang lumayan jauh dari rumahnya.

Pulang dari mengantar anak bungsunya, ia mampir ke pasar untuk belanja yang harus dimasak dirumah. Sesampainya, setelah menolong anaknya ganti baju, ia menjemur pakaian lalu memasak untuk makan siang.

Selesai memasak, ia mencuci piring kotor dan peralatan yang telah dipakai memasak. Begitu anaknya yang pertama pulang, ia makan siang bersama kedua anaknya.

Tiba-tiba ia teringat itu hari terakhir dan ia harus membayar listrik, air dan telepon. Bergegas ia pergi ke tempat pembayaran dengan membawa kedua anaknya. Dengan bersusah payah, harus memerhatikan anaknya selama perjalanan, juga harus menggendong anak bungsunya.

Sepulangnya dari bank, ia harus menyetrika baju sambil nonton tv. Sore hari ia harus menyiram tanaman di belakang rumah dan membantu mengerjakan PR anak-anaknya.

Sampailah pada jam sembilan malam dan ia sangat merasa kelelahan dan tidur terlelap, dan ia masih harus bangun ditengah malam membuat susu untuk anak bungsunya.

Satu hari menjalani peran sebagai istri ia langsung sadar dan sudah tidak tahan lagi.

Dan menadah tangan sambil berdoa lagi, “Tuhan, ampunilah saya. Ternyata selama ini saya salah menilai istri saya. Saya tidak kuat lagi menjalani peran sebagai istri. Saya mohon kembalikanlah sebagai suami lagi.”

Tuhan hanya tersenyum, “Tentu saja bisa, tetapi tidak sekarang ya, karena kamu dalam keadaan hamil. Butuh waktu sembilan bulan lagi”

*****

Well guys,
Seperti disampaikan diawal cerita, ini hanya cerita fiksi. Moral cerita sebenarnya adalah, hanya mengingatkan bagi yang terlupakan, atau mungkin memberi tahu bagi yang sebenarnya sudah tahu tetapi hanya dianggap angin lalu.

Percayalah, tugas sebagai seorang Istri juga seorang Ibu itu adalah mulia, ia tak pernah mengeluh dalam kesehariannya, ia tak pernah bosan dengan rutinitas yang begitu-begitu saja sampai hayat hidupnya, ia hanya mengenal ikhlas dalam mengerjaan setiap pekerjaannya dan ia tak pernah bakal mengenal kata ngeluh, bosan, monoton. Yang ia tahu hanya bagaimana menjaga kehidupan pada sebuah sarang kehidupan dalam meraih kebahagiaan untuk Suami juga seorang Ayah juga sibuah hati. Tidak lebih dan itu saja.


Terimakasih Ibuku, Terimakasih Istriku, kalian adalah perempuanku paling hebat..
Terima kasih juga buat sang suami...


15 April 2011

Pizza Deejah~~

 Menu Makan Malam Keluarga

Ibu ni memang dah lama berhajat nak buat pizza ala dominos. Tak larat asek nak membeli jer...dah la mahal...rasanya kos nak membuat pizza ni tak lah mahal mana pun.
Tepung roti 1kg baru RM3.** cam tu la...
Peh tu sos pizza sepeket baru RM3.50
Cheese mozarela tu adalah dalam RM8.50.
Peh tu deco la sendiri nak bubuh apa atas doh dia tu.
Sesekali boleh la buat bubuh sosej and filamen crab tu...tak elok sangat anak-anak ni makan makanan sejuk beku cam ni...
Ikuti perbualan anak dengan ibu..

Anak: Ibu...dah lapar la...nak makan...ibu masak apa ari ni??
(ibu pun mendengar bersahaja sambil jari-jemari masih leka menaip keyboard melayan fesbuk dengan rakan-rakan...kan apa...bukan senang nak dapat hadap lappy chat dgn customer Tupperware ibu..)
Ibu : Ok ok...ibu tak masak apa-apa lagi lah...tunggu abah balik lah...tanya abah nak makan apa..
Anak : Alaaa...akem dah lapar la...
Ibu : Akem nak makan apa? Ibu wat pizza nak tak?
Anak : Alaa..pizza ibu buat tak macam kat kedai...tak sedap..!!!
(ye la...abah selalu beli pizza dominos..ni bila dah lama tak dapat...masing2 teringat la nak makan..)
Ibu : Mana akem tahu ibu buat pizza tak sedap?? Dah rasa ker??
Anak : Yer la...ibu masak lama...akem dah lapar...
( sebenarnya yang membuatkan lama masa ibu memasak tu bukan apa...maklumlah...dah namanya ibu...sambil memasak,sambil buat kerja lain.)
Ibu : Ok...ibu masak cepat..(sambil tgk jam dah pukol 5 ptg..)
Anak : Betul ni ibu masak cepat? (macam tak percaya pulak)
Ibu : Yes yes...ok ok...(sambil turn off semua laptop yang ada..lagi pun hari hujan..kilat petir ni bahaya...)

Maka...ibu pun masuk ke dapur mencapailah apa2 yang nak dimasak...cukup semua bahan....tgk pulak resepi mana lah ibu letak...!!! er,mmm...jumpa pun...

Campur semua bahan...tunggu double up size dlm 45 min...lama tu...sempat kot on fb jap...hujan pun dah reda..
Ok cun...layan jap..upload pic2 tupperware byk2..lama tak update blog tupperware...settle...doh pun dah naik double..so...siap lah pizza ibu ni...

Anak : Waahhh....herrrmmm...sedapnya ibu masak...macam kat kedai la...
Anak 2 :  Allaaa....tadi abg akem kata ibu masak tak sedap...abg akem tak leh la makan kan ibu,kan??
Ibu : Herrmm...dah dah...ibu masak mmg sedap...tak yah gaduh-gaduh...( anak2 ibu ni mmg suka cari pasai..nak gaduhhh jerr...)
Anak : Ibu...lama lagi ke nak boleh makan?
Ibu : Jap la... tengah panas ni...nak potong pun tak boleh..( sambil potong pizza tu..anak2 ni dah tak sabar dok cuit-cuit hujung tu...) gi basuh tangan dulu..
Anak : Dah basuh dah...dah kering pun...
Ibu : hehehehehe...ok ok...dah siap...jom makan...

Maka dengan tak sabarnya anak-anak Ibu ni mengunyah..yang sulong mmg suka makanan macam ni..Anak ibu yang 2nd plak tetiba berkata..
Anak 2 : Ibu...abg akem makan tak baca doa nanti dia makan dengan syaitan kan ibu,kan...??( dia mmg suka cari pasai dgn abg dia)
Ibu : Ok ok...angah bacakan dulu..biar abg akem makan dengan syaitan..

Sambil menadah tangan si angah pun membaca doa makan...siap complete dengan maksudnya...Alhamdulillah...hasil pembelajaran di Pasti Putra Permai...
Ermm...sekeping tak cukup...tak sabar nak tunggu yang kedua ni tgh on the way...sedar-sedar dah habis 3 keping...diorg sahaja yang hadap...tinggallah sekeping untuk abah..jadilah...


Menyelerakan...siap order untuk esok lagi...!! Ibu mesti buat lagi esok...
errmm...kalah dominos...sos pizza ni pun mmg sedap...nampak macam biasa jer sos dia...

So...inilah entry untuk malam ini...menu makan malam keluarga kami...
Untuk yang berminat nak bertanyakan resepi pizza ni boleh la tanya ibu terus yer..

08 April 2011

AWAS !! Kenali jenis makanan turunkan IQ anak


Makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula seperti makanan olahan, didapati boleh membuat tahap IQ anak menjadi rendah. Kebiasaan makanan pada anak berusia 3 tahun membentuk pola pemikiran mereka apabila dewasa kelak.

Tengok tu..!!! Begitu menyelerakan....bagaimanalah anak kita tidak terpikat dengan makanan-makanan segera seperti itu??

Berdasarkan kajian pakar dari Bristol terhadap anak-anak didapati bahawa, pengambilan makanan olahan terutama kepada anak yang berusia 3 tahun secara langsung memberi kesan kepada IQ yang  lebih rendah apabila anak berusia 8 tahun.

Sebaliknya, makanan yang dilengkapi dengan vitamin dan gizi yang baik mampu meningkatkan kualiti mental anak-anak, seiring dengan penambahan usianya.

Sementara itu, kajian lain yang dilakukan terhadap orang tua dan anak seramai 14 ribu orang dengan kaedah kaji selidik tentang jenis dan frekuensi makanan dan minuman yang diambil oleh anak-anak ketika berusia 3, 4, 7 dan 8 tahun mendapati setiap kenaikan satu tahap pada skor pola makan, yang terdiri daripada lemak, memberi kesan pada penurunan IQ sebanyak 1.67.
Otak memang berkembang dengan cepat pada 3 tahun pertama kehidupan anak-anak.
 
Terdapat kemungkinan bahawa nutrisi yang baik selama tempoh ini mampu mendorong pertumbuhan otak yang optimum.

Berikut adalah beberapa contoh makanan olahan yang perlu dikurangi pengambilannya di kalangan anak-anak:
  •  Makanan yang diawetkan dan yang di tinkan kerana ia mengandungi banyak sodium.
  • Produk roti putih dan sejenis dengannya, berbanding roti gandum.
  •  Makanan berbentuk kerepek dan sebagainya.
  • Makanan sejuk beku.
  • Bijirin manis dalam kemasan.
  • Daging olahan.

Blender kekal bersih dan tajam





CARA MUDAH UNTUK MEMBERSIHKAN PENGISAR
Bagi menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada pengisar, masukkan sedikit air, serbuk pencuci dan beberapa keping kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai pemberus. Hasilnya pengisar anda akan lebih bersih.


MENAJAMKAN MATA PENGISAR
Petuanya hanya dengan menggunakan GARAM KASAR. Masukkan segenggam garam kasar dan kisar untuk beberapa  minit. Hasilnya mata pengisar anda tidak akan tumpul lagi.


PETUA UNTUK MENGEKALKAN KETAJAMAN MATA PENGISAR
Jangan sesekali anda membuat ice blended dengan menggunakan pengisar yang sama dengan bahan-bahan lain. Asingkan / gunakan pengisar khas untuk membuat ice blended kerana ketulan ais itu akan membuatkan mata pengisar anda cepat tumpul walaupun baru pertama kali anda mengisar ais.

07 April 2011

Kenali Jenis Makanan Perangsang Nafsu Lelaki

1. Asparagus
    Asparagus kaya dengan vitamin E yang mana ia boleh merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina. Mengambil asparagus dapat memulihkan prestasi seks.

2. Pisang
    Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang adalah makanan afrodisiak kerana bentuknya. Tetapi sebenarnya pisang kaya dengan potassium dan vitamin B. Kedua-dua bahan itu penting untuk menghasilkan hormon seks. Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh meningkatkan libido lelaki.

3. Lobak merah
    Rahsia kekuatan lelaki adalah pada jus lobak merah. Sejak zaman Greek purba lagi, lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libidp lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, sodium, potasium, zat besi, vitamin A, C dan B.

4. Avakado
    Avakado adalah sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium, dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Avakado merupakan buah yang membekalkan vitamin B yang paling tinggi. Antara vitamin B yang dibekalkan ialah folat, pyrodoxine (B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 yang terkandung di dalam avakado boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.

5. Coklat
    Coklat antara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenylethylamine yang juga dikenali sebagai '' love chemical ''. Ia memberi kesan yang sama seperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selelsa dan menggembirakan seperti dilamun cinta.
    Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter kepada otak. Selain itu ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandungan methylxanthines bertindak meningkatkan deria sensitif tubuh pada sentuhan walaupun pada sentuhan yang lembut.

6. Badam
    Badam dikatakan amat bermanfaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.
    Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protein, serat, kalsium, magnesium,kalium,riboflavin,besi,vitamin E dan antioksidan yang tinggi. badam elok untuk kesihatan jantung kerana apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali semula.

7. Daun dan batang saderi
    Saderi atau daun sup mengandungi beberapa zat penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi.Daunnya mengandungi asid folik, karotina dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid, dan minyak esen yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.
    Menariknya tentang saderi ini kerana kandungan sebatian androston di dalamnya adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melalui peluh lelaki
.

27 March 2011

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kahwin zaman moden

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat.
Kenapa?
Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.
Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Tupperchef Wok

Tetiba ahad ni teringat lak kat kakak ibu si cendoi manis..apa agaknya yg dia sibukkan di hujung munggu ni???Minggu lepas dia ada buat nasi ayam..tak tau lah sedap mana...!! hahaha...tapi tengok gambar ayam bakar dia macam sedap jer...rupanya dia bakar dengan kuali mahal Tupperchef Wok...wadduuhhh....sekali tengok kuali dia....ummaahaaiiii.....kelam hangit sungguh,..!!! tak sayang body ler tuh...di sebabkan dah rupa macam hantu kak limah jer kuali tu...barulah dia kalut pi cari Tupperclean Stainless Steel..dari dulu lagi..awal2 waktu dia baru beli wok tu dgn ibu...ibu dah turunkan petua2 utk jaga wok tu...ta tau la dia dengar kot tinga ker idung...buruk sungguh...
anda nak tgk gambar kuali tu boleh la klik kat sini...Gambar Wok Hangit
Sekarang ni ibu harap-harap sangat yang wok itu dapat dipulihkan semula kejelitaannya...
Utk pengguna2 wok dan bakal menggunakannya...boleh bakar ayam dalam wok tp pliz la lapik skit bawah dalam kuali tu dengan loyang ker..aluminium foil ker...x lah susah nak sental nnt kan...
to cendoi manis...Wish u Good Luck utk sental...

13 March 2011

Karnival Sukaneka PASTI Kawasan Pucong

** Assalamualaikum **

Sempena hari sukaneka PASTI tahun ini, ibu and the gang ada juga menyewa satu tapak gerai untuk berniaga.
Tak sangka pula banyak sambutan di kalangan ibubapa pelajar PASTI dan orang2 luar.
Nampak mmg meriah habis...
Yang paling meriah sudah tentulah gerai2 jualan makanan terutamanya air...
Waahhh...air tak boh gula pun laku...maklumlah...cuaca pulak mmg OK...tu yang kering tekak asyik cari air jer.

Gerai ibu pun BEST juga...macam2 menu ada.
Seawal pagi ibu telah menyiapkan Nasi Lemak untuk sarapan para tetamu.Berbagai lauk pauk ibu sajikan..tak sangka juga HEBAT sambutannya.Tapi yang sedihnya,nasi habis dulu tetapi lauk masih ada lagi.Tak pe lah...Allah dah kata rezeki ibu setakat tu ajer..bglah peluang untuk org lain pulak kan...?

Errrmmm...gang2 yg share tapak ni semuanya ada 4 org. Ibu ada 2 org ( ibu deeja & ibu habib, mummy rina n lagi sorg bonda lily...)

Masing2 menunjukkan kebolehan berniaga...memang Superb Mummy la u all...

Ibu habib buat mee goreng and bihun goreng...+ air kotak and air mineral...pun LINCIN...

Bonda lily pulak buat kek coklat and sandwich..ibu tak sempat rasa pun...Ayah Daud pulak buat apa yer...ermm...dia jadi mandur...hanya memerhatikan sahaja...cuma kesian tak dpt gaji mandur...nnt minta kat bonda tau upahnyer...

Mummy rina pulak buat pastri..cheese tart, brownies and kuih tepung talam..yg ni seb bek ibu sempat rasa.. ada juga gaun utk kanak2...cantik sangat...seb ibu tak de anak girl..cute sangat. Errmm...sebenarnya mummy rina ni menjalan usaha niaganya di alam maya..kalau berminat nak tgk collection mummy ni boleh la klik kat link ini yer..
http://rinasboutiqueandbakery.blogspot.com 

Setelah setengah hari berpenat lelah...maka ibu and the gang pun balik...apa lagi....pening tahap PHD laa...tidur sampai malam...al maklumlah...ibu2 ni tak pernah berniaga depan org ramai..

Insyaallah...pada masa akan datang gang ibu akan memberikan perkhidamatan yang lebih baik daripada hari ini...

Terima Kasih tak terhingga buat suami ibu yang tercinta coz sudi menghulurkan bantuan...dia lah yang tolong pasang khemah dan kemas barang2...mmuuahhh...

** Wassalaamu **

05 March 2011

Asam Pedas


Resepi Asam Pedas

Bahan-Bahannya

ikan pari ( ikut dlm gambar di atas)
bendi
serai 3 batang
bunga kantan
daun kesom
kunyit hidup besar ibu jari (dikisar)
bawang merah & bawang putih (dikisar)
cili kering 10 tangkai (ikut suka la) (dikisar)
air asam jawa semangkuk
garam dan gula sikit
budu 3 sudu makan
minyak tuk menumis

Cara-caranya:

Kisar semua bahan kisar hingga lumat.Tumis dengan minyak sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, serai dan bunga kantan.Biarkan mendidih seketika.Masukkan pula budu.Budu ni la yg membuatkan asam pedas jd sedap.(resepi dari kawan satu tempat kerja..ustz. Jasimah) Apabila sudah terbit aromanya, masukkan daun kesom dan bendi.Kemudian masukkan pula ikan yang telah dicuci bersih.Bubuh la garam dan gula sikit...insyaallah...sambil memasak banyakkan zikir. 

Lai sa laha min du nillah hi kaa syifa'
Boleh juga dibaca surah insyirah..supaya hati anak-anak lembut dan mudah terima pelajaran..

Mudah-mudahan apa yang kita masak akan menjadi nur kepada org2 yang memakannya..terutamanya utk anak-anak kecil kita ni...

semoga berjaya...

insyaallah...



Apam Balik

Assalamualaikum

Haaa....setelah sekian lama mahu update...hari ni baru tercapai..
Hasil daripada party Tupperware yang ibu anjurkan pada 27hb feb yang lepas..kita adakan demo penggunaan Tupperchef Fryer. So, untuk demo tersebut, kita adalah main masak-masak sikit...Alhamdulillah...
Resepi yang menjadi...Apam Balik..Sekarang dah tak perlu beli apam balik kat pasar malam  lagi.
Hari-hari anak ibu mintak kalau boleh nak makan apam balik jer...
Pehtu siap order.." Ibu, nanti ibu bubuh jagung banyak-banyak tau..."
Haaa...itulah kelebihan jika kita buat sendiri.
Semua org puas hati...
So, perkara yang baik ni...elok sangatlah kita share...betul tak...
Inilah resepinya...

Resepi Apam Balik

 Bancuhan Tepung

1) Tepung gandum 1 Square Round (500ml)
2) Gula 6oz <-- ibu sukat dengan botol susu anak...hehehe...
3) Air 1 botol MM Round II (440ml)
4) 1 sudu soda bikarbonat
5)Telur 1 biji
6) 1 1/2 sudu mauripan
7) Sedikit air abu.<-- tapi ibu tak ada air abu,tapi ganti dengan ovalette

Taburan Hiasan

Kacang tumbuk, jagung, gula,marjerin
Cara-caranya:

Senang jer....gaul semua bahan bancuhan.Pukul sehingga sebati dalam 10min.Perapkan sebentar selama 30 min supaya mauripan kita tadi dah agak naik. Kemudian, lenserkan fryer dgn marjerin.Apabila panas, tuangkan sesenduk dan bulatkan ia.Tutup sebentar 1min..lihat jika terjadinya lubang-lubang berongga maknanya menjadilah apam balik tu...
Heheheh...then..taburlah dengan bahan-bahan taburan tu tadi...
Dah siap....jadilah kan....
nanti leh jemput ibu datang rumah untuk jadi tukang rasa yer..
Selamat mencuba...
Insyaallah..