nuffnang

20 September 2011

Cream Puff

Hai anak-anak ibu...pasti semuanya sihat2 belaka...
Jom share resepi baru lagi dengan ibu nak..???


Kali ni ibu nak kongsi resepi Cream puff...memang mudah sangat nak buat...dan paling best nyer...memang sesuai untuk yang baru pertama kali nak cuba sebab bahan-bahan yang ibu guna ni memang untuk kuantiti yang sedikit....so, kalau tak jadi pun...tak lah membazir sangat kan...tapi harap2...semuanya menjadi kalau anak-anak ikut semua bahan2 ni...


PIC ibu tak dapat nak upload sekarang...sebab abah keluar tadi tak sempat nak emel pic2 tu...so,kena tunggu abah baliklah ...


Cream Puff untuk anggaran 10 biji sahaja


Bahan-bahan :
-. 100ml air
-. 45g butter
-. 60g tepung gandum
-. 2 biji telur
-. sedikit esen vanilla


Cara-caranya :
- Masakkan air dan butter dalam periuk yang bersih. Masak dengan api sederhana. Kemudian kuatkan sehingga mendidih. Kemudian tutup api.


- Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau serta merta dengan pantas.


- Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian tutup api.


- Masukkan telur dan adunan tadi ke dalam mixer dan putar dengan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi ringan dan bertali. Titiskan sedikit esen vanilla.

- Panaskan wok Tupperchef dengan api perlahan dan tutup.


- Masukkan adunan ke dalam piping bag dan bentukkan mengikut citarasa sendiri.


- Sedia untuk dibakar selama 20 minit atau sehingga kekuningan.


- Pastikan puff anda betul-betul masak sehingga berongga.


Cream custard

Bahan-bahan :


-. 2 sudu besar tepung custard
-. 4 sudu besar gula halus
-. 400 ml susu segar
-. 1 sudu besar mentega


Cara-cara :
-. Gaulkan tepung custard dengan 200ml susu dan masukkan gula di dalam periuk yang bersih. Kacau sehingga sebati. Jangan ada yang berketul.


-. Panaskan campuran susu tadi dengan api yang perlahan dan tuangkan baki susu tadi sedikit demi sedikit sehingga tepung menjadi pekat seperti cream. Tambahkan susu jika adunan terlalu pekat.


-. Kacau dengan senduk kayu sehingga mendidih dan tutup api. Ambil mentega dan gaulkan dengan cream tersebut untuk menjadikan cream kita tampak cantik dan berkilat disamping mengelakkan cream kita tadi "berkepala".


-. Tunggu cream sejuk dan pipe ke dalam puff yang telah sejuk dan hidangkan untuk minum petang bersama keluarga.


-. SELAMAT MENCUBA .-