nuffnang

17 January 2011

FreezerMate

**tupperware product**
hai kawan2 semua...
nama saya ialah Freezermate..mcm biasalah...semua dah tahu asal usul saya. Tapi,mungkin ada yang baru nak berkenalan dgn saya.Keturunan saya ialah Tupperware Brands.
Saya ada ramai adik-beradik (saiz la tu...heehee)..junior, small, medium dan large..Tempat tinggal saya didalam Freezer la of coz...dan saya mmg dilahirkan utk diletakkan di dlm freezer...
Byk kegunaan dan kelebihan yg saya ada,tetapi manusia seringkali alpa. ( sedih ni...)..inilah yg nak saya kongsikan dgn anda...

  1. body yg transparen...spy senang lihat apakah isi dalaman saya.
  2. mempunyai level berbentuk bunga di bahagian ats dgn tujuan don't over loaded..jika tdk, nnt badan saya cepat sakit...dan mula mereput...
  3. mempunyai p'aliran udara yg menyeluruh.(sila lihat betul2 body saya ni...kt bhgn bawah tu...)
  4. saiz yg berlainan utk memudahkan kerja memasak anda...(kalau udang boh la dlm bks yg kecik..kalo ikan siakap bole boh dlm bks large..)
  5. mudah utk dinyah bekukan...(ehh..betul ke bhs saya ni...)
  6. penting!!! non-toxic...mmg selamat utk bahan2 basah anda...ia menjadikan ikan, ayam @ daging dll...kelihatan segar sentiasa w/pun dah 3 mgu or sebulan..(x cayer boleh tny tuan saya ni...si dijah...)
Mungkin byk lagi keistimewaan saya...tp saya x boleh puji diri sendiri byk2...nnt org panggil "angkat bakul" plak kan??? Jadi, adakah anda berminat dgn saya...??? jika anda nak merisik saya boleh la klik di "koleksi tupperware kat bwh tu yer...bkn apa...saya x lama singgah kat malaysia ni...takut2...anda x sempat jumpa saya...dah melepas kan....???
Lastly, mekacih byk2 sbb sudi baca curahan hati saya ni...babai.....

16 January 2011

resepi puding roti umie

PUDING ROTI

BAHAN-BAHAN:
5 KEPING ROTI
1 TIN SUSU CAIR
8 BIJI TELUR
1 SUDU ESSEN VANILLA
1 CAWAN GULA(1/4 DIBUAT GULA HANGUS)

CARA-CARANYA:
Panaskan WOK yang diisi air terlebih dahulu dengan api paling perlahan. Ambil 3 atau 4 sudu gula daripada secawan gula tadi untuk dijadikan gula hangus. Campurkan semua bahan kecuali telur kemudian blender/mixer. Pukul telur (jgn sampai kembang) kemudian satukan dengan bahan2 yg telah di blender. Tuangkan adunan di dalam Loyang berisi gula hangus. Sedia untuk dikukus selama lebih kurang 45 minit.
SELAMAT MENCUBA…!!!

resepi kek pelangi

KEK PELANGI


BAHAN-BAHAN:
1)      250gm TEPUNG NAIK SENDIRI
2)      250gm MARJERIN
3)      200gm GULA CASTOR
4)      4 BIJI TELUR SAIZ A
5)      1 SUDU ESEN VANILLA
6)       PEWARNA MERAH, KUNING (ikut suka)

CARANYA:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu,  esen vanilla kemudian tepung hingga sebati. Titiskan pewarna kemudian gaulkan mengikut satu arah sahaja. Tuang ke dalam Loyang dan sedia untuk dibakar.(pastikan WOK anda dipanaskan selama 20min dengan api perlahan). Bakar selama <45min.
SELAMAT MENCUBA..!!!

resepi kek coklat umie

KEK COKLAT



BAHAN-BAHAN:
A
1 CAWAN MINYAK JAGUNG
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN GULA
1 CAWAN SERBUK KOKO
B
1 TIN SUSU PEKAT MANIS
1 ¾  CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU SODA BIKARBONAT
1 SUDU SERBUK PENAIK
4 BIJI TELUR SAIZ A
1 SUDU ESEN VANILLA

CARANYA:
Campurkan bahan A didalam periuk bersih. Masak diatas api perlahan sehingga semua bahan menjadi sebati. Gaulkan semua bahan B didalam mixer kemudian tuangkan bahan A dan pukul hingga sebati. Tuangkan kedalam Loyang/cup kertas dan sedia untuk dibakar.(pastikan Wok anda dipanaskan terlebih dahulu selama 20min dengan api perlahan). Bakar selama <45min.
SELAMAT MENCUBA…!!!

10 January 2011

resepi ibu mertuaku


ini adalah resepi daripada ibu mertuaku.menurut beliau,resepi ini dipelajari daripada rakannya yang sememangnya berasal dari singapore ketika zaman muda dahulu.terdapat sedikit makna tersirat daripada bahan2 yang digunakan didalam resepi ini dan kenapa ia diberi nama bihun singapore.tetapi,malangnya saya tidak dapat kemukakan disini kerana terlupa...hehehe...tetapi walau bagaimanapun...saya tetap akan cuba mencari maknanya itu...
RESIPI BIHUN SINGAPORE
Bahan2:
Bihun 1 paket                                                                    
Daging cincang ½ kg                                                          
Udang ½ kg                                                                       
Lada putih 100gm (ikut cita rasa)                                  
Bawang putih 1 labu  
Sawi     
Kobis  
Tomato                                                 
Telur goreng yg dihancurkan (anggaran dlm 10bj
Sedikit air (anggaran 500ml)
Garam cukup rasa.
Cili hijau (dijerukkan)
Minyak utk menumis sedikit

Cara2 memasak
Rendam bihun selama 15 min (separuh lembut)

Tumiskan bwg putih bersama lada putih.masukkan air dan daging kisar.Tunggu sehingga daging agak lembut(jika menggunakan daging ketul).Masukkan udang selama 3min kemudian asingkan udang dlm bekas yg lain(utk mengelakkan udang hancur).Masukkan garam secukup rasa(x perlu ajinomoto kerana air drpd daging & udang td sudah memadai utk rasa yg enak).

Setelah itu, barulah dimasukkan bihun bersama2 sayuran sawi dan kobis.Kacau sedikit kemudian tutup WOK dan biarkan dgn api perlahan selama 20 min.Pastikan air tdk terlalu banyak kerana ini akan membuatkan bihun menjadi terlalu lembik.
Setelah 20min, masukkan telur hancur dan tomato kacau dgn rata.Angkat dan hidangkan bersama cili jeruk.

08 January 2011

syukran...

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah...dgn izin Allah swt...maka wujudlah satu laman utk saya mencurahkan apa2 shj pandangan utk dikongsi dgn anda semua...maka saya amat berharap kalian dpt membantu saya dlm merealisasikan impian saya..maklumlah nak jd penulis profesional...x der kelulusan...nak jd penulis rencana juga jauh panggang dr api...hehehe...whatever..sokongan kalian amat saya hargai..jazakallah..