nuffnang

24 October 2015

Geoboard - Belajar melalui bermain-

Objektif pembelajaran: 
Anak belajar mengenali bentuk asas seperti bentuk segitiga, bulat, segi empat sama dan segi empat tepat.

Cara bermain:
Individu atau berkumpulan

Bahan:

  • Geoboard
  • Gelang getah (seeloknya guna getah yang berwarna terang supaya bentuk kelihatan lebih jelas)
  • Kad bentuk-bentuk asas (untuk petunjuk anak)




Cara pelaksanaan:
1. Ibubapa perkenalkan bentuk-bentuk asas seperti bentuk segitiga,bulat dan segi empat menggunakan kad.
2.Ibubapa perkenalkan geoboard dan menerangkan kepada anak, bagaimana pin-pin pada alat ini boleh digunakan untuk membuat bentuk daripada gelang getah.
3. Ibubapa membimbing anak bagaimana hendak:

  • menggunakan dua tangan untuk meregangkan gelang getah


  • meletakkan getah satu persatu pada pin untuk membuat bentuk segitiga, bulat dan segi empat.


  • menanggalkan gelang getah secara satu persatu pada pin.








4. Ibubapa bersembang bersama anak dan membincangkan tentang
  • nama-nama bentuk yang dibentuk pada geoboard
  • perbezaan antara bentuk segi tiga, bulat dan segi empat
  • sifat-sifat bentuk, misalnya bentuk segi tiga terdapat 3 penjuru dan segi empat terdapat 4 penjuru.


5. Ulang aktiviti dengan membuat bentuk lain.




6. Ibubapa juga boleh mengajak anak membuat kombinasi bentuk seperti membuat rumah, bangunan dan robot.

Hasil pembelajaran:

  • Anak dapat mengenal pasti bentuk segitiga, bulat dan segi empat
  • Anak dapat membezakan sesuatu bentuk dengan bentuk yang lain.
  • Anak dapat memahami konsep bilangan
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran moto halus 
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan.


10 October 2015

FINGER PAINT FOR KIDS

Kanak-kanak sangat suka bermain dengan warna. Aktiviti finger paint yang menyeronokkan ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan perkembangan otak dan kemahiran motor halus mereka.

Disebabkan itulah finger paint selalunya menjadi aktiviti wajib yang dilakukan dikebanyakkan taska dan tadika dalam sesi pembelajaran mereka.

Bahan-bahan: Kertas lukisan, pewarna, pinggan kertas dan tangan comel anak anda.

Idea bermain:

Untuk mengajar nama warna, gunakan 2-3 warna sahaja sebagai permulaan supaya anak lebih mudah ingat akan warna yang ingin diajarkan. Ibu bapa boleh tambahkan warna lain mengikut kesesuaian.

Letak pewarna di atas pinggan kertas. Permukaannya yang lebar memudahkan pewarna untuk mengenai keseluruhan tapak tangan anak.
Biarkan anak melukis tapak tangan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Beri mereka kebebasan untuk mereka berfikir, berimaginasi dan meneroka akan bentuk dan kesan pewarna diatas tapak tangan mereka.

Ada banyak kelebihan bermain finger paint .

Antaranya:

🔆 Aktiviti melukis yang mudah kerana jari anak-anak usia 2-3 tahun masih belum mampu untuk memegang berus dengan betul.
🔆 Membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka. Pergerakan tangan dan jari-jemari mereka membantu menguatkan otot-otot yang akan digunakan untuk belajar menulis kelak.
🔆 Mengajar mereka membuat eksperimen ke atas warna, bentuk dan teksture.
🔆 Melatih koordinasi tangan dan mata anak.

Resepi water color homemade:

RESEPI 1
Paling simple. Hanya gunakan plain yogurt dan masukkan pewarna makanan. Kacau sebati... Siap.

RESEPI 2
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1/2 cawan air
Pewarna

Satukan dan Blend kesemua bahan hingga halus. Panaskan diatas api sehingga mendapat hasil kelikatan yang diingini. Siapppp....asingkan mengikut beberapa bekas untuk dititiskan pewarna. Biarkan sejuk dan bolehlah mulakan permainan ini.

Bagaimana nak tahu aktiviti ini mencapai objektifnya?

Perhatikan sahaja tangan, baju, lantai….kalau kotor bermaksud anak memang seronok bermain dan teruja dengan aktiviti ini . Anda Berjaya!





03 October 2015

Tips Ajar Bayi Huruf Hijaiyyah (iqra’) Guna Flashcard

[PANDUAN MENGAJAR FLASHCARD KEPADA SI KECIL DAN MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL-QURAN OLEH USTAZAH AISHAH]


Ramai anak-anak kecil seawal usia dua dan tiga tahun sudah mampu membaca dan menghafal surah-surah mudah dari Al-Quran hasil dari didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.
Antara 2 aspek utama untuk kanak-kanak mudah membaca dan menghafal Al-Quran:
PERTAMA: Diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran dari usia bayi lagi.
KEDUA: Sentiasa diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
– Soalan 1: Bagaimana ingin perkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi?
Jawapan: Antara teknik memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi:
1- Sentiasa menunjukkan ‘flash card’ huruf Al-Quran dan menyebutkannya dengan jelas kepada bayi.

2- Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan bayi agak terhad pada awal usia mereka.
3- Tarik perhatian bayi untuk melihat flash card tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya bayi dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal huruf Al-Quran adalah satu sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.
4- Lakukan sesi pembelajaran ini ketika bayi dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).

5- Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Jadikan video kejayaan bayi yang lain mengenal huruf-huruf Al-Quran sebagai bahan motivasi anda untuk terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa bayi anda juga MAMPU untuk melakukannya.
6- TAHNIAH Jika bayi itu lebih berminat untuk mengoyak, mengenggam, menarik flash card tersebut, memasukkan dalam mulut (tapi hati-hati jangan sampai tercekik) kerana ini bermakna, bayi itu tertarik dengan flash card, sedar dengan kewujudan huruf tersebut dan ingin beramah mesra dengannya.Kerana itulah anda perlu miliki beberapa set flashcard sebagai ‘spare’ kepada flash card yang sudah lunyai dalam ‘sesi beramah mesra’ bersama bayi anda.

7- Mulakan dengan huruf-huruf yang mesra bayi seperti Ù…َ – بَ – تَ dan simpan dahulu huruf-huruf yang sukar seperti Ø®َ – ضَ – ظَ .
8- Lakukan aktiviti ‘bermain’ dengan flash card ini sekerap mungkin. Makin kerap anda ‘bermain flash card’ dengan bayi, makin mesra bayi dengan huruf-huruf tersebut dan ia mempercepatkan proses mengenal dan membaca Al-Quran.
9- Lekatkan juga flashcard pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh bayi seperti dikatilnya, di ruang tamu dan di dinding bilik dan lain-lain.
10- Sediakan juga flash card dalam beg tangan anda atau di dalam kenderaan anda, supaya anda boleh menayangkan flash card sekerap mungkin dan di mana sahaja. Contohnya: kebanyakkan bayi suka menaiki kereta dan diam bila berada dalam kereta, anda boleh menggunakan detik ‘tenang’ bayi ketika ini untuk ‘bermain’ flash card huruf-huruf Al-Quran denganya.

11- Apabila bayi sudah ‘mesra’ dengan flash card, anda boleh mengujinya dengan menyusun dua atau tiga kad, sebut huruf dan bayi akan mengambil kad yang disebut hurufnya.
Tahniah, anda berjaya memperkenalkan huruf Al-Quran kepada bayi anda.