nuffnang

10 October 2015

FINGER PAINT FOR KIDS

Kanak-kanak sangat suka bermain dengan warna. Aktiviti finger paint yang menyeronokkan ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan perkembangan otak dan kemahiran motor halus mereka.

Disebabkan itulah finger paint selalunya menjadi aktiviti wajib yang dilakukan dikebanyakkan taska dan tadika dalam sesi pembelajaran mereka.

Bahan-bahan: Kertas lukisan, pewarna, pinggan kertas dan tangan comel anak anda.

Idea bermain:

Untuk mengajar nama warna, gunakan 2-3 warna sahaja sebagai permulaan supaya anak lebih mudah ingat akan warna yang ingin diajarkan. Ibu bapa boleh tambahkan warna lain mengikut kesesuaian.

Letak pewarna di atas pinggan kertas. Permukaannya yang lebar memudahkan pewarna untuk mengenai keseluruhan tapak tangan anak.
Biarkan anak melukis tapak tangan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Beri mereka kebebasan untuk mereka berfikir, berimaginasi dan meneroka akan bentuk dan kesan pewarna diatas tapak tangan mereka.

Ada banyak kelebihan bermain finger paint .

Antaranya:

🔆 Aktiviti melukis yang mudah kerana jari anak-anak usia 2-3 tahun masih belum mampu untuk memegang berus dengan betul.
🔆 Membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka. Pergerakan tangan dan jari-jemari mereka membantu menguatkan otot-otot yang akan digunakan untuk belajar menulis kelak.
🔆 Mengajar mereka membuat eksperimen ke atas warna, bentuk dan teksture.
🔆 Melatih koordinasi tangan dan mata anak.

Resepi water color homemade:

RESEPI 1
Paling simple. Hanya gunakan plain yogurt dan masukkan pewarna makanan. Kacau sebati... Siap.

RESEPI 2
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1/2 cawan air
Pewarna

Satukan dan Blend kesemua bahan hingga halus. Panaskan diatas api sehingga mendapat hasil kelikatan yang diingini. Siapppp....asingkan mengikut beberapa bekas untuk dititiskan pewarna. Biarkan sejuk dan bolehlah mulakan permainan ini.

Bagaimana nak tahu aktiviti ini mencapai objektifnya?

Perhatikan sahaja tangan, baju, lantai….kalau kotor bermaksud anak memang seronok bermain dan teruja dengan aktiviti ini . Anda Berjaya!





No comments: