nuffnang

24 October 2015

Geoboard - Belajar melalui bermain-

Objektif pembelajaran: 
Anak belajar mengenali bentuk asas seperti bentuk segitiga, bulat, segi empat sama dan segi empat tepat.

Cara bermain:
Individu atau berkumpulan

Bahan:

  • Geoboard
  • Gelang getah (seeloknya guna getah yang berwarna terang supaya bentuk kelihatan lebih jelas)
  • Kad bentuk-bentuk asas (untuk petunjuk anak)




Cara pelaksanaan:
1. Ibubapa perkenalkan bentuk-bentuk asas seperti bentuk segitiga,bulat dan segi empat menggunakan kad.
2.Ibubapa perkenalkan geoboard dan menerangkan kepada anak, bagaimana pin-pin pada alat ini boleh digunakan untuk membuat bentuk daripada gelang getah.
3. Ibubapa membimbing anak bagaimana hendak:

  • menggunakan dua tangan untuk meregangkan gelang getah


  • meletakkan getah satu persatu pada pin untuk membuat bentuk segitiga, bulat dan segi empat.


  • menanggalkan gelang getah secara satu persatu pada pin.








4. Ibubapa bersembang bersama anak dan membincangkan tentang
  • nama-nama bentuk yang dibentuk pada geoboard
  • perbezaan antara bentuk segi tiga, bulat dan segi empat
  • sifat-sifat bentuk, misalnya bentuk segi tiga terdapat 3 penjuru dan segi empat terdapat 4 penjuru.


5. Ulang aktiviti dengan membuat bentuk lain.




6. Ibubapa juga boleh mengajak anak membuat kombinasi bentuk seperti membuat rumah, bangunan dan robot.

Hasil pembelajaran:

  • Anak dapat mengenal pasti bentuk segitiga, bulat dan segi empat
  • Anak dapat membezakan sesuatu bentuk dengan bentuk yang lain.
  • Anak dapat memahami konsep bilangan
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran moto halus 
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan.


No comments: