nuffnang

27 March 2011

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kahwin zaman moden

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat.
Kenapa?
Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.
Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.
Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.
Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.
Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.
Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Tupperchef Wok

Tetiba ahad ni teringat lak kat kakak ibu si cendoi manis..apa agaknya yg dia sibukkan di hujung munggu ni???Minggu lepas dia ada buat nasi ayam..tak tau lah sedap mana...!! hahaha...tapi tengok gambar ayam bakar dia macam sedap jer...rupanya dia bakar dengan kuali mahal Tupperchef Wok...wadduuhhh....sekali tengok kuali dia....ummaahaaiiii.....kelam hangit sungguh,..!!! tak sayang body ler tuh...di sebabkan dah rupa macam hantu kak limah jer kuali tu...barulah dia kalut pi cari Tupperclean Stainless Steel..dari dulu lagi..awal2 waktu dia baru beli wok tu dgn ibu...ibu dah turunkan petua2 utk jaga wok tu...ta tau la dia dengar kot tinga ker idung...buruk sungguh...
anda nak tgk gambar kuali tu boleh la klik kat sini...Gambar Wok Hangit
Sekarang ni ibu harap-harap sangat yang wok itu dapat dipulihkan semula kejelitaannya...
Utk pengguna2 wok dan bakal menggunakannya...boleh bakar ayam dalam wok tp pliz la lapik skit bawah dalam kuali tu dengan loyang ker..aluminium foil ker...x lah susah nak sental nnt kan...
to cendoi manis...Wish u Good Luck utk sental...

13 March 2011

Karnival Sukaneka PASTI Kawasan Pucong

** Assalamualaikum **

Sempena hari sukaneka PASTI tahun ini, ibu and the gang ada juga menyewa satu tapak gerai untuk berniaga.
Tak sangka pula banyak sambutan di kalangan ibubapa pelajar PASTI dan orang2 luar.
Nampak mmg meriah habis...
Yang paling meriah sudah tentulah gerai2 jualan makanan terutamanya air...
Waahhh...air tak boh gula pun laku...maklumlah...cuaca pulak mmg OK...tu yang kering tekak asyik cari air jer.

Gerai ibu pun BEST juga...macam2 menu ada.
Seawal pagi ibu telah menyiapkan Nasi Lemak untuk sarapan para tetamu.Berbagai lauk pauk ibu sajikan..tak sangka juga HEBAT sambutannya.Tapi yang sedihnya,nasi habis dulu tetapi lauk masih ada lagi.Tak pe lah...Allah dah kata rezeki ibu setakat tu ajer..bglah peluang untuk org lain pulak kan...?

Errrmmm...gang2 yg share tapak ni semuanya ada 4 org. Ibu ada 2 org ( ibu deeja & ibu habib, mummy rina n lagi sorg bonda lily...)

Masing2 menunjukkan kebolehan berniaga...memang Superb Mummy la u all...

Ibu habib buat mee goreng and bihun goreng...+ air kotak and air mineral...pun LINCIN...

Bonda lily pulak buat kek coklat and sandwich..ibu tak sempat rasa pun...Ayah Daud pulak buat apa yer...ermm...dia jadi mandur...hanya memerhatikan sahaja...cuma kesian tak dpt gaji mandur...nnt minta kat bonda tau upahnyer...

Mummy rina pulak buat pastri..cheese tart, brownies and kuih tepung talam..yg ni seb bek ibu sempat rasa.. ada juga gaun utk kanak2...cantik sangat...seb ibu tak de anak girl..cute sangat. Errmm...sebenarnya mummy rina ni menjalan usaha niaganya di alam maya..kalau berminat nak tgk collection mummy ni boleh la klik kat link ini yer..
http://rinasboutiqueandbakery.blogspot.com 

Setelah setengah hari berpenat lelah...maka ibu and the gang pun balik...apa lagi....pening tahap PHD laa...tidur sampai malam...al maklumlah...ibu2 ni tak pernah berniaga depan org ramai..

Insyaallah...pada masa akan datang gang ibu akan memberikan perkhidamatan yang lebih baik daripada hari ini...

Terima Kasih tak terhingga buat suami ibu yang tercinta coz sudi menghulurkan bantuan...dia lah yang tolong pasang khemah dan kemas barang2...mmuuahhh...

** Wassalaamu **

05 March 2011

Asam Pedas


Resepi Asam Pedas

Bahan-Bahannya

ikan pari ( ikut dlm gambar di atas)
bendi
serai 3 batang
bunga kantan
daun kesom
kunyit hidup besar ibu jari (dikisar)
bawang merah & bawang putih (dikisar)
cili kering 10 tangkai (ikut suka la) (dikisar)
air asam jawa semangkuk
garam dan gula sikit
budu 3 sudu makan
minyak tuk menumis

Cara-caranya:

Kisar semua bahan kisar hingga lumat.Tumis dengan minyak sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, serai dan bunga kantan.Biarkan mendidih seketika.Masukkan pula budu.Budu ni la yg membuatkan asam pedas jd sedap.(resepi dari kawan satu tempat kerja..ustz. Jasimah) Apabila sudah terbit aromanya, masukkan daun kesom dan bendi.Kemudian masukkan pula ikan yang telah dicuci bersih.Bubuh la garam dan gula sikit...insyaallah...sambil memasak banyakkan zikir. 

Lai sa laha min du nillah hi kaa syifa'
Boleh juga dibaca surah insyirah..supaya hati anak-anak lembut dan mudah terima pelajaran..

Mudah-mudahan apa yang kita masak akan menjadi nur kepada org2 yang memakannya..terutamanya utk anak-anak kecil kita ni...

semoga berjaya...

insyaallah...



Apam Balik

Assalamualaikum

Haaa....setelah sekian lama mahu update...hari ni baru tercapai..
Hasil daripada party Tupperware yang ibu anjurkan pada 27hb feb yang lepas..kita adakan demo penggunaan Tupperchef Fryer. So, untuk demo tersebut, kita adalah main masak-masak sikit...Alhamdulillah...
Resepi yang menjadi...Apam Balik..Sekarang dah tak perlu beli apam balik kat pasar malam  lagi.
Hari-hari anak ibu mintak kalau boleh nak makan apam balik jer...
Pehtu siap order.." Ibu, nanti ibu bubuh jagung banyak-banyak tau..."
Haaa...itulah kelebihan jika kita buat sendiri.
Semua org puas hati...
So, perkara yang baik ni...elok sangatlah kita share...betul tak...
Inilah resepinya...

Resepi Apam Balik

 Bancuhan Tepung

1) Tepung gandum 1 Square Round (500ml)
2) Gula 6oz <-- ibu sukat dengan botol susu anak...hehehe...
3) Air 1 botol MM Round II (440ml)
4) 1 sudu soda bikarbonat
5)Telur 1 biji
6) 1 1/2 sudu mauripan
7) Sedikit air abu.<-- tapi ibu tak ada air abu,tapi ganti dengan ovalette

Taburan Hiasan

Kacang tumbuk, jagung, gula,marjerin
Cara-caranya:

Senang jer....gaul semua bahan bancuhan.Pukul sehingga sebati dalam 10min.Perapkan sebentar selama 30 min supaya mauripan kita tadi dah agak naik. Kemudian, lenserkan fryer dgn marjerin.Apabila panas, tuangkan sesenduk dan bulatkan ia.Tutup sebentar 1min..lihat jika terjadinya lubang-lubang berongga maknanya menjadilah apam balik tu...
Heheheh...then..taburlah dengan bahan-bahan taburan tu tadi...
Dah siap....jadilah kan....
nanti leh jemput ibu datang rumah untuk jadi tukang rasa yer..
Selamat mencuba...
Insyaallah..