nuffnang

24 October 2015

Geoboard - Belajar melalui bermain-

Objektif pembelajaran: 
Anak belajar mengenali bentuk asas seperti bentuk segitiga, bulat, segi empat sama dan segi empat tepat.

Cara bermain:
Individu atau berkumpulan

Bahan:

  • Geoboard
  • Gelang getah (seeloknya guna getah yang berwarna terang supaya bentuk kelihatan lebih jelas)
  • Kad bentuk-bentuk asas (untuk petunjuk anak)




Cara pelaksanaan:
1. Ibubapa perkenalkan bentuk-bentuk asas seperti bentuk segitiga,bulat dan segi empat menggunakan kad.
2.Ibubapa perkenalkan geoboard dan menerangkan kepada anak, bagaimana pin-pin pada alat ini boleh digunakan untuk membuat bentuk daripada gelang getah.
3. Ibubapa membimbing anak bagaimana hendak:

  • menggunakan dua tangan untuk meregangkan gelang getah


  • meletakkan getah satu persatu pada pin untuk membuat bentuk segitiga, bulat dan segi empat.


  • menanggalkan gelang getah secara satu persatu pada pin.








4. Ibubapa bersembang bersama anak dan membincangkan tentang
  • nama-nama bentuk yang dibentuk pada geoboard
  • perbezaan antara bentuk segi tiga, bulat dan segi empat
  • sifat-sifat bentuk, misalnya bentuk segi tiga terdapat 3 penjuru dan segi empat terdapat 4 penjuru.


5. Ulang aktiviti dengan membuat bentuk lain.




6. Ibubapa juga boleh mengajak anak membuat kombinasi bentuk seperti membuat rumah, bangunan dan robot.

Hasil pembelajaran:

  • Anak dapat mengenal pasti bentuk segitiga, bulat dan segi empat
  • Anak dapat membezakan sesuatu bentuk dengan bentuk yang lain.
  • Anak dapat memahami konsep bilangan
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran moto halus 
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan.


10 October 2015

FINGER PAINT FOR KIDS

Kanak-kanak sangat suka bermain dengan warna. Aktiviti finger paint yang menyeronokkan ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan perkembangan otak dan kemahiran motor halus mereka.

Disebabkan itulah finger paint selalunya menjadi aktiviti wajib yang dilakukan dikebanyakkan taska dan tadika dalam sesi pembelajaran mereka.

Bahan-bahan: Kertas lukisan, pewarna, pinggan kertas dan tangan comel anak anda.

Idea bermain:

Untuk mengajar nama warna, gunakan 2-3 warna sahaja sebagai permulaan supaya anak lebih mudah ingat akan warna yang ingin diajarkan. Ibu bapa boleh tambahkan warna lain mengikut kesesuaian.

Letak pewarna di atas pinggan kertas. Permukaannya yang lebar memudahkan pewarna untuk mengenai keseluruhan tapak tangan anak.
Biarkan anak melukis tapak tangan mereka mengikut kreativiti masing-masing. Beri mereka kebebasan untuk mereka berfikir, berimaginasi dan meneroka akan bentuk dan kesan pewarna diatas tapak tangan mereka.

Ada banyak kelebihan bermain finger paint .

Antaranya:

🔆 Aktiviti melukis yang mudah kerana jari anak-anak usia 2-3 tahun masih belum mampu untuk memegang berus dengan betul.
🔆 Membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka. Pergerakan tangan dan jari-jemari mereka membantu menguatkan otot-otot yang akan digunakan untuk belajar menulis kelak.
🔆 Mengajar mereka membuat eksperimen ke atas warna, bentuk dan teksture.
🔆 Melatih koordinasi tangan dan mata anak.

Resepi water color homemade:

RESEPI 1
Paling simple. Hanya gunakan plain yogurt dan masukkan pewarna makanan. Kacau sebati... Siap.

RESEPI 2
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
1/2 cawan air
Pewarna

Satukan dan Blend kesemua bahan hingga halus. Panaskan diatas api sehingga mendapat hasil kelikatan yang diingini. Siapppp....asingkan mengikut beberapa bekas untuk dititiskan pewarna. Biarkan sejuk dan bolehlah mulakan permainan ini.

Bagaimana nak tahu aktiviti ini mencapai objektifnya?

Perhatikan sahaja tangan, baju, lantai….kalau kotor bermaksud anak memang seronok bermain dan teruja dengan aktiviti ini . Anda Berjaya!





03 October 2015

Tips Ajar Bayi Huruf Hijaiyyah (iqra’) Guna Flashcard

[PANDUAN MENGAJAR FLASHCARD KEPADA SI KECIL DAN MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL-QURAN OLEH USTAZAH AISHAH]


Ramai anak-anak kecil seawal usia dua dan tiga tahun sudah mampu membaca dan menghafal surah-surah mudah dari Al-Quran hasil dari didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.
Antara 2 aspek utama untuk kanak-kanak mudah membaca dan menghafal Al-Quran:
PERTAMA: Diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran dari usia bayi lagi.
KEDUA: Sentiasa diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.
– Soalan 1: Bagaimana ingin perkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi?
Jawapan: Antara teknik memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran kepada bayi:
1- Sentiasa menunjukkan ‘flash card’ huruf Al-Quran dan menyebutkannya dengan jelas kepada bayi.

2- Jangan pegang flash card terlalu jauh kerana keupayaan penglihatan bayi agak terhad pada awal usia mereka.
3- Tarik perhatian bayi untuk melihat flash card tersebut dengan menggunakan gaya dan suara yang gembira supaya bayi dapat merasakan sesi pembelajaran mengenal huruf Al-Quran adalah satu sesi yang menyeronokkan, digemari dan ditunggu-tunggu.
4- Lakukan sesi pembelajaran ini ketika bayi dalam keadaan baik dan tenang seperti selepas mandi, sudah kenyang dan sudah cukup tidur dan bersedia untuk bermain (belajar).

5- Jangan pula ibu cepat merasa jemu dan berputus asa jika bayi tidak menunjukkan reaksi dan minat terhadap flash card yang ditunjuk. Jadikan video kejayaan bayi yang lain mengenal huruf-huruf Al-Quran sebagai bahan motivasi anda untuk terus konsisten dalam mengajar dan sematkan dalam diri bahawa bayi anda juga MAMPU untuk melakukannya.
6- TAHNIAH Jika bayi itu lebih berminat untuk mengoyak, mengenggam, menarik flash card tersebut, memasukkan dalam mulut (tapi hati-hati jangan sampai tercekik) kerana ini bermakna, bayi itu tertarik dengan flash card, sedar dengan kewujudan huruf tersebut dan ingin beramah mesra dengannya.Kerana itulah anda perlu miliki beberapa set flashcard sebagai ‘spare’ kepada flash card yang sudah lunyai dalam ‘sesi beramah mesra’ bersama bayi anda.

7- Mulakan dengan huruf-huruf yang mesra bayi seperti Ù…َ – بَ – تَ dan simpan dahulu huruf-huruf yang sukar seperti Ø®َ – ضَ – ظَ .
8- Lakukan aktiviti ‘bermain’ dengan flash card ini sekerap mungkin. Makin kerap anda ‘bermain flash card’ dengan bayi, makin mesra bayi dengan huruf-huruf tersebut dan ia mempercepatkan proses mengenal dan membaca Al-Quran.
9- Lekatkan juga flashcard pada tempat-tempat yang mudah dilihat oleh bayi seperti dikatilnya, di ruang tamu dan di dinding bilik dan lain-lain.
10- Sediakan juga flash card dalam beg tangan anda atau di dalam kenderaan anda, supaya anda boleh menayangkan flash card sekerap mungkin dan di mana sahaja. Contohnya: kebanyakkan bayi suka menaiki kereta dan diam bila berada dalam kereta, anda boleh menggunakan detik ‘tenang’ bayi ketika ini untuk ‘bermain’ flash card huruf-huruf Al-Quran denganya.

11- Apabila bayi sudah ‘mesra’ dengan flash card, anda boleh mengujinya dengan menyusun dua atau tiga kad, sebut huruf dan bayi akan mengambil kad yang disebut hurufnya.
Tahniah, anda berjaya memperkenalkan huruf Al-Quran kepada bayi anda.






28 September 2015

Perkembangan dan aktiviti anak-anak 0-2 tahun. (Playdoh homemade)

Aktiviti bermain sambil belajar

Perkembangan dan aktiviti anak-anak 0-2 tahun.

0-2 tahun...??
Ye ye... Anak ibu semua dah besar... Untuk apa buat playdoh ni lagi ye...??

Dulu semasa anak-anak ibu kecil, ibu tidak berpeluang untuk beraktiviti dengan mereka. Jadi, ibu rasa masih belum terlambat untuk memulakannya semula dari peringkat awal. Anak-anak sentiasa dahagakan perhatian dari ibubapa. Tak salah jika kita libatkan mereka dalam aktiviti untuk anak-anak kecil.

Jadi dalam usaha ibu untuk menarik minat anak-anak bujang ibu ini, ibu berikan tugasan memasak playdoh ini pada mereka. Kita boleh mendedahkan mereka dengan konsep kuantiti. Tunjukkan bagaimana membuat biskut atau kek ringkas. Dalam kes ini, amat sesuai untuk ibu libatkan mereka dalam aktiviti memasak playdoh buatan sendiri dan tunjukkan cara-cara menyukat bahan-bahan. Sambil memasak, ibu juga dapat menerangkan konsep larutan iaitu faktor-faktor yang menyebabkan larutan berlaku. Alhamdulillah anak-anak dapat memahami konsep panas boleh menyebabkan air mendidih dan larutan garam. Selain itu, mereka juga belajar bahawa luas permukaan juga merupakan faktor yang mempengaruhi tindakbalas pelarutan berlaku dengan lebih cepat.

Dalam apa sahaja aktiviti yang ibu-ibu lakukan dirumah jangan lupa untuk masukkan unsur tauhid dan akidah pada anak-anak ini. Dalam aktiviti memasak ini, ibu juga bercerita 1 kisah tentang api. Di mana api ialah makhluk dan api tidak boleh memberikan panas. Sama seperti kisah Nabi Ibrahim a.s yang dibakar dalam kobaran api yang menjulang. Atas keyaqinan nabi ibrahim yang kuat kepada Allah swt,kobaran api itu menjadi suatu tempat yang nyaman untuk nabi ibrahim a.s. Sedikit bulu roma nabi pun tidak terbakar. Ini menunjukkan kuasa Allah swt yang memberikan sifat api tadi menjadi nyaman kerana Allah swt maha berkuasa ke atas makhlukNya. Allah swt berkuasa mejadikan sesuatu dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan asbab. Wallahu 'alam....(Ikuti cerita penuh kisah Nabi Ibrahim as ini pada entri akan datang)

Jadi, inilah resepi yang ibu nak kongsikan dengan ibu-ibu diluar sana.

Resepi membuat playdoh

2 cawan tepung
1 cawan garam
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh pewarna
2 cawan air

Cara membuatnya:
Campur semua bahan di dalam kuali. Gunakan api yg perlahan, kacau sehingga doh tadi tidak melekat di dinding kuali. Kacau sekali lagi. Kemudian keluarkan dari kuali dan sejukkan.

Doh ini agak masin, jadi anak anda hanya meletakkan sekali sahaja di mulut dan selepas mereka tahu rasanya yang masin mereka tidak cuba merasa lagi.

Mungkin pada usia ini anak-anak tidak dapat memahami bentuk-bentuk yang dapat dibuat daripada plastisin, tetapi anda tunjukkan kepada mereka supaya daya kreativiti terbentuk di minda mereka. Selain itu bermain dengan plastisin dapat merangsang deria sentuhan dan melembutkan jari-jemari mereka bagi proses belajar menulis apabila usia mereka lebih dewasa nanti.

Sekian coretan ibu pada hari cuti jerebu...
:-)

Semoga bermanfaat.











03 April 2015

HotSpot day

21st & 22nd Mac....

Kenangan semasa hotspot day...

waaahhh dah lama ibu tak berceloteh pasal Tupperware kan... Maklumlah ibu ni ibu yang bekerja jaya sangat...tu yang sibuk sokmo...

Jom story about hotspot day ni... Bestt sangat-sangatttt... Mana tak bestnya kalau seharian ibu spend masa di hotspot day dengan hero 4 orang ni... sudah tentu best...


Haaaa....!!!! Tu diaaa...!!!
Rugilah sape yang tak dpt dtg ni...

Jom tengok apa lagi yang ibu dapat...


Kejadian bergambar hanya dalam kereta tapiiii.... siap bertoto tu yang besttt... maklumlah nkalau dah seharian di sini.... Mestilah kena selesa 4 hero ni... Alhamdulillah kereta boleh jadi mcm rumah...

Tu yng hijau hijau tu apa...???

TupperDollar bebbb...!! Dpt la collect 2000 TupperDolar dlm 2 hari hotspot ni... Tu kira paling sikit tau...nampak je banyak...Tapi kalau nk dibandingkan dengan Otai-otai Tpwre yg lain...kalah ibu...

Cemana nk guna TD ni..??


Tuuu...Boss sedang buat auction...Lelong lelong.... Bidaan terendah bermula dengan 300 TD... So siapa yang bid paling tinggi dialah yang layak membeli Tupperware tersebut dan bayarlah dengan TD tu...

OK...ibu dh dapat barang bidaan yang dihajati... Square Round set (5) 880ml dgn harga 1200 TD.. Tapi tak de gambarnya pula...

Jom tengok apa anak-anak ibu buat sepanjang hari di hotspot day ni...







Tu la hero-hero ibu yang menemani ibu seharian... Sambil tunggu anak-anak ibu ni mewarna, sempatlah ibu pi tengok demo kat beberapa booth yg ada di situ..

Ni antara booth yang paling ibu suka...
It's Lacto Fibre ...


Memang tak jemu dengar dan lihat demo Fibre ni...jom nonton video ni...

So...habis round semua booth...hero pun dah siap mewarna... jengg jenggg...jengggg...siapakah pemenangnya...

jom lihat lagi...




Dapat juga hero kecil ni mewarna...

Hadiahhh..???


Saguhati pun jadilahh...


Tempat ke-2


Tempat PERTAMA..!!!

TAHNIAH SEMUA ANAK-ANAK IBU....!!!

21 March 2015

Freezer yang cantik dan bersih

Assalamualaikum semua...

Hari ni ibu nak share cerita tentang Peti Ais aka Fridge.


Seperti biasa...
hari minggu...
Ibu-ibu sibuk ke pasar...
membuat stok bahan-bahan basah untuk seminggu atau sebulan...



Eeeeeee......
Yerrrkkkk....!!!!

Cuba uol keluarkan semua bahan-bahan dari freezer tu.....
Fuuhhhh.... tak selera makkk...


Ni baru tunjuk yg bahagian freezer aka tempat beku...
Kalau kat bahagian bawah tu mcmanalah agaknya...
berselerak...bersepah.... oh nooooo....!!!

Ibu pun kalau rajin and ada masa extra, baru nak kemas yang bahagian bawah tu....


Alhamdulillah.... terlaksana juga akhirnya untuk mengemas semua ni...
Kan bersih...Kemasss....
Sejuk mata memandang sesejuk ais disitu...


Selalu ibu dapat feedback dari customer, ni customer yang kurang faham lagi lah.... Bila Set Freezermate ni di datangkan dengan saiz yg kecil... Selalu sangat mereka ni komplen... 

"Errmm keciknya...tak muat la nk boh ikan siakap...suami sy plak tu suka makan ikan jenahak wat kari...Anak-anak kalo balik asrama mesti nak makan ikan2 sedap wat bakar/steam..."

Ni ayat yang biasa ibu dengar... Bila Customer cakap begini... janganlah kita marah...cuba terima dengan hati yang terbuka...

2 jenis manusia/customer
Pertama : Banyak songeh mungkin dia tak tahu...

Kedua : Saje berbuat banyak songeh sbb tak nak membeli...

Ok...kakak2..makcik2... adik2...


Meh sini ibu nk explain...

"Ye..kita memerlukan saiz yang besar untuk jenis ikan yang besar... Betul tu.. Apalah tupperware ni buat saiz kecik2...."

"Tapi kak/makcik/adik... Tupperware ni pun pandai...takkan dia nk create sesuatu produk tu tanpa buat ujikaji dlu...Mereka pun dah teliti dulu sebelum launch sesuatu produk tu..
Let say...uol masak nasi/mee/bihun/sayur goreng selalunya bubuh apa ye dalam rencah tu...?"

Udang Kecil/Udang sayur
Fishball/fishcake
Isi ayam
Ikan bilis
Sotong sikit

So... uol bubuh sekilo ke...or 3 kilo...?

Haishhh...banyak sangat tu...mestilah nak guna sikit aje... Buat rencah org kata...
so, Sekarang berguna tak bekas yang kecil-kecil ni...?



So, petua dari dapur ibu...
Kita mestilah pelbagaikan saiz freezermate ni... supaya memudahkan kerja ibu-ibu juga....
Masak mengikut portion family anda...
Contoh hari ni nak top up ikan goreng 3 ekor cukuplah, kari semalam ada lagi tapi lauknya udah habis...



So 3 ekor ikan tadi kan just nice je dalam freezermate yang nipis mcm kt dlm gambar atas tu...
If family uol jenis family besar dan hari-hari kena masak ayam 3 ekor ikan 3 kg... ok lah...Saiz kecil mungkin bukan pilihan anda...Tapi ibu sebagai consultant akan memberikan penerangan yang terbaik untuk semua kastemer ibu...

Ni belum cerita bab harga freezermate tu...Lagi mcm2 feedback negatif positif semua ada...

Apapun harga Freezermate tu nnt lah ibu cerita dalam entri lain plak...

Akhir kata... Selamat mengemas peti ais memasing ye....

Terima kasih sudi meluangkan masa untuk membaca...

20 March 2015

Small Cube for Kids

 Assalamualaikum semua....
Haaaa... entri ibu kali ni ialah SMALL CUBE...

Apakah itu Small Cube...? Lihatlah gambar di bawah ini... Inilah Small cube...



Waduuuhhhh....
Small bangettt....
Tak bersepah ke rumah nanti...??
Anak saya main lego pun saya dah rimas ...


 Tu diaaa.... 1000 biji...!!!
Ya ibu-ibu.... 1000 biji...kalau nak setakat 10 biji sahaja pun boleh juga...Tapi penggunaannya sangat terhad ...Kasihan anak-anak...


 Ni my Hanzalah...Tak sangka dia dah mula mengenal dan mengecam bentuk2 huruf... Ini suatu perkembangan bagus. Ibu pun tak perasaan sejak bila dia mula mengenal huruf-huruf ni... Waktu ni umurnya belum cukup 4 tahun lagi... Baru 3 tahun 9 bulan... Alhamdulillah... 


My Abdur Rahman 8tahun... 
Bermain cube dalam pengenalan awal sifir... 
Actually, pengenalan awal sifir ni boleh bermula seawal 6 tahun kerana kanak-kanak zaman sekarang ini belajar semakin mencabar. Jika dulu,ibu di tadika baru belajar membilang dan menyebut angka...tetapi zaman sekarang sudah belajar operasi tambah dan tolak... Advance sangatttt....

Dengan Small cube ni, pelbagai pelajaran kita boleh ajar anak di rumah... Namun untuk ibu-ibu yg rajin, boleh juga menggunakan kaedah lain seperti penutup botol, ceper atau biji guli. Zaman ibu dulu suka kira menggunakan biji saga yang berwarna merah pekat gituuu... dan juga biji getah.... 

Bagi ibu-ibu yang tak tahu nk beli kat mana cube ni, meh order dgn ibu je... ibu tolong pos... 

Harga cube RM97
postage RM6
Total RM103

Wasap ibu utk order ye.. 016-3234571..

Lennoza Susu Kambing

Lennoza Susu Kambing...



Tepung susu Kambing
Susu utk ketajaman MINDA
7 RUMUSAN ISTIMEWA
Kurma
Kismis
Delima
Buah Tin
Buah Zaitun
Za'faran
Habatussauda
======================================
Kebaikan Susu Kambing utk Bayi dan Kanak2
Kandungan nutrien yg dpt meningkatkan pertumbuhan bayi dan kanak2, menjaga keseimbangan metabolisme, meransang pertumbuhan tulang dan gigi
Susu kambing mudah dihadam kerana molekul protin & lemak yg sgt halus dan lembut berbanding susu lembu.
Susu kambing bersifat Alkali - ia tidak menjana asid dlm darah atau usus malah bertindak meneutralkan asid dlm badan.
========================================
Susu kambing Lennoza TANPA GULA DAN TANPA BAU
#Awet muda
#Menguatkan sistem imunisasi
# Bersifat Alkali
#Melancarkan sistem penghadaman
# Mengimbangi gula dlm darah & kolestrol
#Tidak menyebabkan alahan
#Tidak mendatangkan kahak
# Membantu mengubati kanser , demam kuning, gastrik, asma (lelah), penyakit kulit, ulser, sukar tidur
#DAN BANYAK KELEBIHANNYA LAGI...
=========================================
Dengan izin Allah swt Asbab Lennoza telah berjaya menyelesaikan masalah kanak2 spt berikut:
Eczema
Sembelit
Imun Lemah
Kerap batuk, selsema dan demam
Lemah dlm pelajaran
Hyperaktif
Kurang selera makan
Athma
____________________________
Khasiat 7 makanan hebat yg terkandung didalam Lennoza..

KURMA
- membantu proses pembesaran dan prmbentukan minda kanak2
- kaya Dgn unsur zat besi dan kalsium

KISMIS
- kaya dgn potassium dan rendah dlm sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

DELIMA
- membaikpulih fungsi hati dan limpa
- membuang lemak2 berlebihan
- mengelak alahan bg wanita hamil
- mencantikkan kulit

BUAH TIN
- membersih buah pinggang
- mengurangkan kepanasan badan ketika demam
- rawatan buasir
- rawatan penyakit gout

BUAH ZAITUN
- mencegah darah beku
- mengurangkan risiko kanser
- merendahkan tahap kolestrol berbahaya
- menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit)

ZA'FARAN
- mencerdaskan minda, sakit tekak dan tonsil
- melancarkan haid yg tidak menentu
- menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
- dan banyak lg.

HABATUSSAUDA
- mengecutkan semua jenis ketumbuhan
- sesak nafas terutama pd bronkial asma dan cardiac asma
- luka2 dihati
- selsema
- batu karang
- tonsilitis, gout, gastrik, gusi berdarah, ulser

 Perasa asli


Perasa Strawberry


Perasa Coklat


Drpd Buraidah katanya, Rasulullah saw bersabda, "Pada HABATUSSAUDA terdapat ubat segala penyakit kecuali MAUT"

dan banyak lagi kelebihan drpd makanan terbaik sejak zaman Rasulullah saw ini...
Hubungi kami utk belian. 
Promosi hanya sebulan sahaja...

RM58 termasuk pos
Whatsapp/pm kami utk dpatkn harga promosi...
016-3234571