nuffnang

15 April 2011

Pizza Deejah~~

 Menu Makan Malam Keluarga

Ibu ni memang dah lama berhajat nak buat pizza ala dominos. Tak larat asek nak membeli jer...dah la mahal...rasanya kos nak membuat pizza ni tak lah mahal mana pun.
Tepung roti 1kg baru RM3.** cam tu la...
Peh tu sos pizza sepeket baru RM3.50
Cheese mozarela tu adalah dalam RM8.50.
Peh tu deco la sendiri nak bubuh apa atas doh dia tu.
Sesekali boleh la buat bubuh sosej and filamen crab tu...tak elok sangat anak-anak ni makan makanan sejuk beku cam ni...
Ikuti perbualan anak dengan ibu..

Anak: Ibu...dah lapar la...nak makan...ibu masak apa ari ni??
(ibu pun mendengar bersahaja sambil jari-jemari masih leka menaip keyboard melayan fesbuk dengan rakan-rakan...kan apa...bukan senang nak dapat hadap lappy chat dgn customer Tupperware ibu..)
Ibu : Ok ok...ibu tak masak apa-apa lagi lah...tunggu abah balik lah...tanya abah nak makan apa..
Anak : Alaaa...akem dah lapar la...
Ibu : Akem nak makan apa? Ibu wat pizza nak tak?
Anak : Alaa..pizza ibu buat tak macam kat kedai...tak sedap..!!!
(ye la...abah selalu beli pizza dominos..ni bila dah lama tak dapat...masing2 teringat la nak makan..)
Ibu : Mana akem tahu ibu buat pizza tak sedap?? Dah rasa ker??
Anak : Yer la...ibu masak lama...akem dah lapar...
( sebenarnya yang membuatkan lama masa ibu memasak tu bukan apa...maklumlah...dah namanya ibu...sambil memasak,sambil buat kerja lain.)
Ibu : Ok...ibu masak cepat..(sambil tgk jam dah pukol 5 ptg..)
Anak : Betul ni ibu masak cepat? (macam tak percaya pulak)
Ibu : Yes yes...ok ok...(sambil turn off semua laptop yang ada..lagi pun hari hujan..kilat petir ni bahaya...)

Maka...ibu pun masuk ke dapur mencapailah apa2 yang nak dimasak...cukup semua bahan....tgk pulak resepi mana lah ibu letak...!!! er,mmm...jumpa pun...

Campur semua bahan...tunggu double up size dlm 45 min...lama tu...sempat kot on fb jap...hujan pun dah reda..
Ok cun...layan jap..upload pic2 tupperware byk2..lama tak update blog tupperware...settle...doh pun dah naik double..so...siap lah pizza ibu ni...

Anak : Waahhh....herrrmmm...sedapnya ibu masak...macam kat kedai la...
Anak 2 :  Allaaa....tadi abg akem kata ibu masak tak sedap...abg akem tak leh la makan kan ibu,kan??
Ibu : Herrmm...dah dah...ibu masak mmg sedap...tak yah gaduh-gaduh...( anak2 ibu ni mmg suka cari pasai..nak gaduhhh jerr...)
Anak : Ibu...lama lagi ke nak boleh makan?
Ibu : Jap la... tengah panas ni...nak potong pun tak boleh..( sambil potong pizza tu..anak2 ni dah tak sabar dok cuit-cuit hujung tu...) gi basuh tangan dulu..
Anak : Dah basuh dah...dah kering pun...
Ibu : hehehehehe...ok ok...dah siap...jom makan...

Maka dengan tak sabarnya anak-anak Ibu ni mengunyah..yang sulong mmg suka makanan macam ni..Anak ibu yang 2nd plak tetiba berkata..
Anak 2 : Ibu...abg akem makan tak baca doa nanti dia makan dengan syaitan kan ibu,kan...??( dia mmg suka cari pasai dgn abg dia)
Ibu : Ok ok...angah bacakan dulu..biar abg akem makan dengan syaitan..

Sambil menadah tangan si angah pun membaca doa makan...siap complete dengan maksudnya...Alhamdulillah...hasil pembelajaran di Pasti Putra Permai...
Ermm...sekeping tak cukup...tak sabar nak tunggu yang kedua ni tgh on the way...sedar-sedar dah habis 3 keping...diorg sahaja yang hadap...tinggallah sekeping untuk abah..jadilah...


Menyelerakan...siap order untuk esok lagi...!! Ibu mesti buat lagi esok...
errmm...kalah dominos...sos pizza ni pun mmg sedap...nampak macam biasa jer sos dia...

So...inilah entry untuk malam ini...menu makan malam keluarga kami...
Untuk yang berminat nak bertanyakan resepi pizza ni boleh la tanya ibu terus yer..

08 April 2011

AWAS !! Kenali jenis makanan turunkan IQ anak


Makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula seperti makanan olahan, didapati boleh membuat tahap IQ anak menjadi rendah. Kebiasaan makanan pada anak berusia 3 tahun membentuk pola pemikiran mereka apabila dewasa kelak.

Tengok tu..!!! Begitu menyelerakan....bagaimanalah anak kita tidak terpikat dengan makanan-makanan segera seperti itu??

Berdasarkan kajian pakar dari Bristol terhadap anak-anak didapati bahawa, pengambilan makanan olahan terutama kepada anak yang berusia 3 tahun secara langsung memberi kesan kepada IQ yang  lebih rendah apabila anak berusia 8 tahun.

Sebaliknya, makanan yang dilengkapi dengan vitamin dan gizi yang baik mampu meningkatkan kualiti mental anak-anak, seiring dengan penambahan usianya.

Sementara itu, kajian lain yang dilakukan terhadap orang tua dan anak seramai 14 ribu orang dengan kaedah kaji selidik tentang jenis dan frekuensi makanan dan minuman yang diambil oleh anak-anak ketika berusia 3, 4, 7 dan 8 tahun mendapati setiap kenaikan satu tahap pada skor pola makan, yang terdiri daripada lemak, memberi kesan pada penurunan IQ sebanyak 1.67.
Otak memang berkembang dengan cepat pada 3 tahun pertama kehidupan anak-anak.
 
Terdapat kemungkinan bahawa nutrisi yang baik selama tempoh ini mampu mendorong pertumbuhan otak yang optimum.

Berikut adalah beberapa contoh makanan olahan yang perlu dikurangi pengambilannya di kalangan anak-anak:
  •  Makanan yang diawetkan dan yang di tinkan kerana ia mengandungi banyak sodium.
  • Produk roti putih dan sejenis dengannya, berbanding roti gandum.
  •  Makanan berbentuk kerepek dan sebagainya.
  • Makanan sejuk beku.
  • Bijirin manis dalam kemasan.
  • Daging olahan.

Blender kekal bersih dan tajam





CARA MUDAH UNTUK MEMBERSIHKAN PENGISAR
Bagi menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada pengisar, masukkan sedikit air, serbuk pencuci dan beberapa keping kulit telur. Kisar bahan-bahan tersebut untuk seketika. Kulit telur yang hancur berperanan sebagai pemberus. Hasilnya pengisar anda akan lebih bersih.


MENAJAMKAN MATA PENGISAR
Petuanya hanya dengan menggunakan GARAM KASAR. Masukkan segenggam garam kasar dan kisar untuk beberapa  minit. Hasilnya mata pengisar anda tidak akan tumpul lagi.


PETUA UNTUK MENGEKALKAN KETAJAMAN MATA PENGISAR
Jangan sesekali anda membuat ice blended dengan menggunakan pengisar yang sama dengan bahan-bahan lain. Asingkan / gunakan pengisar khas untuk membuat ice blended kerana ketulan ais itu akan membuatkan mata pengisar anda cepat tumpul walaupun baru pertama kali anda mengisar ais.

07 April 2011

Kenali Jenis Makanan Perangsang Nafsu Lelaki

1. Asparagus
    Asparagus kaya dengan vitamin E yang mana ia boleh merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina. Mengambil asparagus dapat memulihkan prestasi seks.

2. Pisang
    Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang adalah makanan afrodisiak kerana bentuknya. Tetapi sebenarnya pisang kaya dengan potassium dan vitamin B. Kedua-dua bahan itu penting untuk menghasilkan hormon seks. Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh meningkatkan libido lelaki.

3. Lobak merah
    Rahsia kekuatan lelaki adalah pada jus lobak merah. Sejak zaman Greek purba lagi, lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libidp lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, sodium, potasium, zat besi, vitamin A, C dan B.

4. Avakado
    Avakado adalah sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium, dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Avakado merupakan buah yang membekalkan vitamin B yang paling tinggi. Antara vitamin B yang dibekalkan ialah folat, pyrodoxine (B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 yang terkandung di dalam avakado boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.

5. Coklat
    Coklat antara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenylethylamine yang juga dikenali sebagai '' love chemical ''. Ia memberi kesan yang sama seperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selelsa dan menggembirakan seperti dilamun cinta.
    Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter kepada otak. Selain itu ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandungan methylxanthines bertindak meningkatkan deria sensitif tubuh pada sentuhan walaupun pada sentuhan yang lembut.

6. Badam
    Badam dikatakan amat bermanfaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.
    Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protein, serat, kalsium, magnesium,kalium,riboflavin,besi,vitamin E dan antioksidan yang tinggi. badam elok untuk kesihatan jantung kerana apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali semula.

7. Daun dan batang saderi
    Saderi atau daun sup mengandungi beberapa zat penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi.Daunnya mengandungi asid folik, karotina dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid, dan minyak esen yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.
    Menariknya tentang saderi ini kerana kandungan sebatian androston di dalamnya adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melalui peluh lelaki
.