nuffnang

08 April 2011

AWAS !! Kenali jenis makanan turunkan IQ anak


Makanan yang mengandungi banyak lemak dan gula seperti makanan olahan, didapati boleh membuat tahap IQ anak menjadi rendah. Kebiasaan makanan pada anak berusia 3 tahun membentuk pola pemikiran mereka apabila dewasa kelak.

Tengok tu..!!! Begitu menyelerakan....bagaimanalah anak kita tidak terpikat dengan makanan-makanan segera seperti itu??

Berdasarkan kajian pakar dari Bristol terhadap anak-anak didapati bahawa, pengambilan makanan olahan terutama kepada anak yang berusia 3 tahun secara langsung memberi kesan kepada IQ yang  lebih rendah apabila anak berusia 8 tahun.

Sebaliknya, makanan yang dilengkapi dengan vitamin dan gizi yang baik mampu meningkatkan kualiti mental anak-anak, seiring dengan penambahan usianya.

Sementara itu, kajian lain yang dilakukan terhadap orang tua dan anak seramai 14 ribu orang dengan kaedah kaji selidik tentang jenis dan frekuensi makanan dan minuman yang diambil oleh anak-anak ketika berusia 3, 4, 7 dan 8 tahun mendapati setiap kenaikan satu tahap pada skor pola makan, yang terdiri daripada lemak, memberi kesan pada penurunan IQ sebanyak 1.67.
Otak memang berkembang dengan cepat pada 3 tahun pertama kehidupan anak-anak.
 
Terdapat kemungkinan bahawa nutrisi yang baik selama tempoh ini mampu mendorong pertumbuhan otak yang optimum.

Berikut adalah beberapa contoh makanan olahan yang perlu dikurangi pengambilannya di kalangan anak-anak:
  •  Makanan yang diawetkan dan yang di tinkan kerana ia mengandungi banyak sodium.
  • Produk roti putih dan sejenis dengannya, berbanding roti gandum.
  •  Makanan berbentuk kerepek dan sebagainya.
  • Makanan sejuk beku.
  • Bijirin manis dalam kemasan.
  • Daging olahan.

No comments: