nuffnang

28 September 2015

Perkembangan dan aktiviti anak-anak 0-2 tahun. (Playdoh homemade)

Aktiviti bermain sambil belajar

Perkembangan dan aktiviti anak-anak 0-2 tahun.

0-2 tahun...??
Ye ye... Anak ibu semua dah besar... Untuk apa buat playdoh ni lagi ye...??

Dulu semasa anak-anak ibu kecil, ibu tidak berpeluang untuk beraktiviti dengan mereka. Jadi, ibu rasa masih belum terlambat untuk memulakannya semula dari peringkat awal. Anak-anak sentiasa dahagakan perhatian dari ibubapa. Tak salah jika kita libatkan mereka dalam aktiviti untuk anak-anak kecil.

Jadi dalam usaha ibu untuk menarik minat anak-anak bujang ibu ini, ibu berikan tugasan memasak playdoh ini pada mereka. Kita boleh mendedahkan mereka dengan konsep kuantiti. Tunjukkan bagaimana membuat biskut atau kek ringkas. Dalam kes ini, amat sesuai untuk ibu libatkan mereka dalam aktiviti memasak playdoh buatan sendiri dan tunjukkan cara-cara menyukat bahan-bahan. Sambil memasak, ibu juga dapat menerangkan konsep larutan iaitu faktor-faktor yang menyebabkan larutan berlaku. Alhamdulillah anak-anak dapat memahami konsep panas boleh menyebabkan air mendidih dan larutan garam. Selain itu, mereka juga belajar bahawa luas permukaan juga merupakan faktor yang mempengaruhi tindakbalas pelarutan berlaku dengan lebih cepat.

Dalam apa sahaja aktiviti yang ibu-ibu lakukan dirumah jangan lupa untuk masukkan unsur tauhid dan akidah pada anak-anak ini. Dalam aktiviti memasak ini, ibu juga bercerita 1 kisah tentang api. Di mana api ialah makhluk dan api tidak boleh memberikan panas. Sama seperti kisah Nabi Ibrahim a.s yang dibakar dalam kobaran api yang menjulang. Atas keyaqinan nabi ibrahim yang kuat kepada Allah swt,kobaran api itu menjadi suatu tempat yang nyaman untuk nabi ibrahim a.s. Sedikit bulu roma nabi pun tidak terbakar. Ini menunjukkan kuasa Allah swt yang memberikan sifat api tadi menjadi nyaman kerana Allah swt maha berkuasa ke atas makhlukNya. Allah swt berkuasa mejadikan sesuatu dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan asbab. Wallahu 'alam....(Ikuti cerita penuh kisah Nabi Ibrahim as ini pada entri akan datang)

Jadi, inilah resepi yang ibu nak kongsikan dengan ibu-ibu diluar sana.

Resepi membuat playdoh

2 cawan tepung
1 cawan garam
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh pewarna
2 cawan air

Cara membuatnya:
Campur semua bahan di dalam kuali. Gunakan api yg perlahan, kacau sehingga doh tadi tidak melekat di dinding kuali. Kacau sekali lagi. Kemudian keluarkan dari kuali dan sejukkan.

Doh ini agak masin, jadi anak anda hanya meletakkan sekali sahaja di mulut dan selepas mereka tahu rasanya yang masin mereka tidak cuba merasa lagi.

Mungkin pada usia ini anak-anak tidak dapat memahami bentuk-bentuk yang dapat dibuat daripada plastisin, tetapi anda tunjukkan kepada mereka supaya daya kreativiti terbentuk di minda mereka. Selain itu bermain dengan plastisin dapat merangsang deria sentuhan dan melembutkan jari-jemari mereka bagi proses belajar menulis apabila usia mereka lebih dewasa nanti.

Sekian coretan ibu pada hari cuti jerebu...
:-)

Semoga bermanfaat.