nuffnang

25 February 2011

Pineapple up-side down cake

..::: Assalamualaikum :::..

haaa....hari ni ibu nak share resepi kek nenas terbalik ni.
kalau dalam dunia Tupperware, dah habis glamour resepi ni...
silap-silap...dah lapuk agaknya..
cuma...ibu ni ajer yg baru  nak mencuba buat sendiri.
sebelum ni asek rasa yg orang lain buat jer..
inilah kelebihan bila ibu join bisnes Tupperware.
Daripada tak pandai nak masak...bolehlah cuba gitu-gitu...
see...skrg ibu pun dah rajin masuk dapur..
Nak nak lagi bila dah beli Tuppercheff Wok and Fryer...
beli mahal2 wat gantung kat dinding buat apa kan???
MEMBAZIR
Allah tak suka...
So,malam tadi ibu dah rasa pun kek yg ibu buat sendiri..
HErrmmm....not bad la...sedap....tak manis sangat...
mmg senang sesangat bahan2 nya..
cuma gambar nye nnt ibu edit lain hari yer.
coz kamera ibu dah rosak...

inilah resepinya...
_______________________________________________________________________________

1. 1cawan tepung naik sendiri 
2. 1 cawan gula perang
3. 125g marjerin
4. 3 biji telur (diasingkan kuning dan putihnya)
5. pineapples ring yg dlm tin tu
6. ceri merah
-------------------------------------------------------------------
cara-caranya....

1. Pukul telur kuning bersama gula perang.
2. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.(tak perlu guna mixer pun boleh)
3. Shake putih telur menggunakan Quick Shake Tupperware hingga berbuih.(dalam 4-5 min je)
4. Campurkan kedalam adunan tepung tadi.
(ibu titiskan sikit esen vanilla, resepi asal tak dinyatakan pun bubuh esen ni)
5.Oleskan marjerin dalam Fryer hingga rata.
6. Susunkan nenas ring dan ceri  merah.
7. Tuangkan adunan tepung tadi dan bakar dengan api perlahan selama 20min.

_______________________________________________________________________________


haaa....betul tak ibu kata senang jer nak buat nya...
hendak seribu daya...x mau sejuta alasan..
ermm...cubalah...
Semoga Berjaya...


20 February 2011

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu

"hargai lah Ia sblm terlewat..."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

 Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. 

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ... 
Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu, kau merusak kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab

" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..

Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal

"...Apa itu Yaa TUHAN ??

Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"... 

 
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA... Dan sangat berHARGA. 


pujuklah hatinya...jangan biar rajuknya berterusan...kerna wanita juga ingin disanjungi.
emel dari kakak I...tq sis...

Latihan Sukan PASTI PUTRA PERMAI

..:: Assalamualaikum::..

8.30pg-Ahad-20 Feb 2011

ahhaaa...tadi bawa anak Ibu yang 5thn tu mengikuti latihan sukan bagi mencungkil bakat-bakat untuk bermain bola sepak.Macam biasa la...Ibu pun bawa la rakyat2 jelata termasuklah si kecik tu... 

pergi jalan kaki je...sebab padang latihan tu belakang rumah aje..semua kanak2 lain dah ready beratur amik turn utk menyepak bola..haaiihhh..macam2 la gelagat anak2 kita ni...berbagai gaya menyepak yang mereka tonjolkan...penat cikgu tu ajar cara menyepak dengan betul. Cikgu cakap...sedia sebelum sepak bola tu pastikan kaki kiri berada ditepi bola,dan kaki kanan tendang bola dengan kuat...tapi sayang la...kamera ibu ni buat hal..x boleh amik gambar lagi...

W/ever..ibu nak story juga gelagat anak ibu ni. Apabila tiba sessi bermain,maka,cikgu pun suruh ambil tempat masing2 dan tumpukan perhatian kepada bola. Nampak bola jer pegi kejar dan sepak bagi masuk dalam gol.Adooiii....anak-anak lain kemain seronok mengejar bola...tetapi ibu tengok anak ibu ni...berdiri tercegat saje...tegak macam tiang gol...bila bola lalu tepi dia pun buat x nampak jer...sungguh pasif anak ibu..kenapa sayang..???

Ermm...itulah anak ibu. Dia memang tak minat aktiviti sukan yang menuntutnya berlari laju..Tapi,selesai saja sesi latihan...dia terus ambil basikal dan kayuh keliling padang....cikgu pun jadi hairan...yang tadi dia tak bergerak langsung kejar bola....rupa-rupanya...diluar padang...aktif jugak...

Itulah kisah anak Ibu yang tak nak bersukan macam abahnya...

13 February 2011

Doktor oh doktor

..::ASSALAMUALAIKUM::..

Semalam 12 Feb 2011..aku bawa anak (my new baby) ke Hospital Serdang. Dah lama sebenarnya kami dengar nafasnya macam tak stabil.Berbunyi-bunyi...macam susah nak nafas.Aku fikir...mungkin sbb dia batuk dan terlalu banyak kahak yang terkumpul.Jadi,tanpa berlengah kami pun bawalah dia ke doktor.Risau-risau la...kalau lambat2 nanti dapat pulak jangkitan kuman di paru-paru.

Sementara menunggu angka giliran dipanggil,punyalah mengantuk aku menunggu.Dah la tengaharinya aku baru balik dari ''Tupperware Welcoming Party 4 New Consultant". Mau tak letih, petang lepas asar terus ke hospital...aku punya tersengguk2 jgn ditengoklah...naseb tak leleh ayaq lioq..

So,untuk m'hilangkan rasa mengantuk tu, apalagi, aku pun borak2 la dengan kakak2, makcik2, abang2, sesiapa sahaja yang berhampiran aku tu. Kononnya nak promote la New Catalogue ni. Tapi tak sampai hati pulak nak bersuara. Syok sangat dengar masalah penyakit org. Ada yang anak patah tangan (biasala tu...sama la mcm anak2 aku yg 2 org tu), ada yang suaminya kebas sebelah tangan, ada yang anaknya kaki bersimen dari pinggang ke lutut...haiihhh...macam2 ada...

1056
Sampailah giliran nombor aku jumpa doktor.Dia pun cek la semua badan and dada baby ni...
"He's ok..lung ok..no fever..bp ok.."
So,apa masalahnya yang nafas tu boleh berbunyi.
"Bunyi tu datang dari kerongkong dan melalui hidung, tapi tak per kita cuba bagi dia gas untuk bantu dia bernafas,"
Oh my God...tak kan athma kot...

Lastly, abis sajer gas,doktor bagi ubat titis dalam hidung untuk bantu pernafasan..w/ever la doc...Tapi sampai hari ini, masih tiada perubahan...baby tetap batuk dan nafasnya berbunyi.

Semoga baby ibu cepat sembuhnya....

Hanzalah ibni Ali

Resepi Sup Ekor


..::ASSALAMUALAIKUM::..

RESEPI SUP EKOR




Bahan-bahannya:
1/2 kg ekor lembu
3 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
8 biji cili akar
Daun sadri
Tomato
2 biji limau nipis
Garam
Minyak utk menumis
Cara-cara memasaknya:
Rebus ekor sehingga empuk.(saya guna wok utk merebus kerana dapat menjimatkan masa selain ianya cepat empuk. Kira-kira 1 1/2 jam tanpa penyejatan air yg terlalu banyak berbanding periuk biasa).Setelah empuk,alihkan bahan rebusan seketika.
Tumis bawang putih, bawang holland dan cili hingga separa layu.
Masukkan semula bahan rebusan ekor.
Setelah mendidih masukkan daun sadri dan tomato.
Setelah daun sadri separuh masak, masukkan garam atau penambah perisa seperti ajinomoto/cukup rasa/pasti sedap.Awas..!!! Jangan sampai terlebih kerana akan meninggalkan kesan jangka masa panjang untuk tubuh kita..!!!
Akhir sekali perahkan limau diatas masakan anda dan bolehlah hiaskan dengan daun sup serta bawang goreng.
Pasti selera terutamanya bagi mereka yang baru sembuh dari demam.

note:ibu tak sempat nak upload pic sup ekor yang telah siap dihidang.Kamera dah habis batery plak..
..::SEMOGA BERJAYA::..

VIP CELEBRATION 2011

..:: ASSALAMUALAIKUM ::..

Hi readers,


Itu lah VIP Celebration in Tupperware Brands.
Apa itu VIP in Tupperware? <-- Good Question !!!
Act, 1st of joining date, kita tabalkan ia CONSULTANT (CST)...rank pertama di dalam Tupperware Marketing...bukannya dealer. Ini kerana DEALER ialah penjual. Tetapi, di dalam bisnes Tupperware, as a member, kita bukan sekadar menjual barangan, tetapi kita bertindak sebagai perunding. Kita juga harus menjadi jurucakap @ ambassador la...harus tahu kegunaan dan penjagaan sesuatu produk itu.
2nd rank is STAR CONSULTANT (SCT).Apabila kita telah memperkenalkan bisnes ini kepada 2 rakan, automatic kita menjadi SCT dan sudah mula mengorak langkah untuk menikmati bonus2 seperti overiding dll.
And the 3rd rank after SCT is VIP CST. Disini, kita telah pun memiliki satu network or team work. Minimum ahli dalam group kita mestilah telah mencapai 6 orang,barulah anda layak untuk bergelar VIP CST.Maka, apabila kita telah berada di tahap ini, kita akan lebih banyak menikmati beberapa bonus2 dan komisyen..
Haaaahhh....senangkan nak dapat side income...if u say YES...nothing impossible..
So, inilah 3 rank pertama didalam bisnes Tupperware.Rank seterusnya akan saya ceritakan di dalam post akan datang yer...tunggguuu...

Pic bawah : Inilah barang-barang bagi keluaran katalog 2 ini..banyak yang cantik2 tu...nampak tak satu barang tu..yang kat tengah2 tu la...haa...inilah produk terbaru kita. Nano Nature Water Filtration. Kecil molek je kan...senang nak jaga dan boleh di bawa kemana2 saje...contoh: balik kampong ker...


Atas: Inilah mereka yang telah berjaya menjadi VIP CST.Nampak tak ade seorang jejaka terselit tu. Haaa...saper tu agak2 nye...saya pun x sempat nak bertanya tadi...adakah dia termasuk dalam senarai VIP CST ataupun hanya sekadar menemani isterinya naik ke pentas sekejap lagi...wallahualam....


Atas: Registration.Pn. Noor Azzah dan Miss Ain (stuff baru di Sinar Fahana)..Amboii...suka dia kita amik gambo diorg ni ha...


Atas: Yang handsome2 tu ialah Mr. Jason, Sales Director Management (betul ke tu yer...beh kurang la kot)
Yang bertudung tu pulak ialah Pn Raj Muna,Associate Executive Director...<--- Baru dapat sebijik Toyota altis dari Tupperware tau..!!!
Yang lagi sorg tu pulak,ala2 hero Malaya...rupa-rupanya..dia ialah VIP CST... tak sangka...ada juga kaum lelaki yang berminat dengan bisnes Tupperware ni...sape kata Tupperware ni bisnes org perempuan ajer atau ada juga yang kata bisnes makcik makcik...adoiii....whatever la...


Atas : Pn.Nozaa,Senior Executive Director @ owner Tupperware Kota Damansara.
Tu dia sedang memberi kata-kata semangat...mmg semangat..
Yang pakai baju merah tu pulak...nampak tak...haa...dia ialah Pn.Maimunah binti Omar, baru jer rank up Associate Executive Director dan tak lama lagi akan memiliki satu Bussiness Centre di Sungai Besar.Berkembang la perniagaan Tupperware kita...

Pic bawah: Syok nya Pn. Nozaa kita memberi penerangan produk. Tu namanya Cheerful Cherry Set & Berry Merry Set..Nice kan...siap ada pouch washable lagi....

11 February 2011

Party_Ice cream

Salam
Lama rasanya tak mencurah isi hati.Maklumlah,guna broadband jer...line kadang2 ok...sebenarnya saya nak post la sedikit hasil drpd party yg telah saya adakan pada 30 Jan 2011 yg lepas.W/pun x ramai yg dpt hadir time tu...maybe sbb hujan satu hari dari malam hingga ke malamnya.Demo kita time tu ialah HOMEMADE ICECREAM. and Kek coklat WOK. 
Memandangkan resepi kek coklat tu saya dah post sebelum ni,so kali ni saya post resepi aiskrim pula lah yer...


Sebenarnya mudah saje nak buat aiskrim ni.Saya sendiri pun dah berkali-kali buat...and dah berbagai resepi aiskrim yg saya cuba.Rasanya mmg sedap macam yg kita beli kat kedai tu.
Dan yang plg best tu...mesti la nak promote acuan aiskrim tu sebenarnya.Nama benda tu ialah ICECREAM MAKER from TUPPERWARE BRANDS.Murah jer...satu set tu ade 6 pcs.Normal Price RM46.90.Tapi ......panjangnya tapi...tapi promotion nya dah abis.stok kat saya pun ada satu set jer lagi...hahahhaa...
tu la...asek x sempat nak update post..


 Haaa.....tgk ni...lazatkan...senang jer nak buat...nnt saya bg resepi yer...tgk haa...dah tinggal separuh baru teringat nak shot...punya la nikmat...gambar yg atas ni aiskrim vanilla.


OK...seperti yang saya janjikan...sesiapa yg nak try buat boleh salin resepi ni yer..pasti anak2 suka...buatan sendiri ni dah tentu HALAL....

Aiskrim vanilla
Bahan A:
    * 3 biji kuning telur
    * 90gm gula kastor
Bahan B:
    * 250ml susu full cream
    * 1 sudu teh vanila esen
Bahan C:
    * 300gm non dairy whipping cream (boleh beli di pasaraya, di giant mesti ada)

Cara-cara:
    * Pukul bahan A (gunakan pemutar) sehingga putih berkrim
    * masak susu sehingga mendidih dan campurkan bahan A tadi, kacau sebati. biarkan sejuk
    * kemudian masukkan vanila esen
    * Pukul/putar non dairy whipping cream hingga gebu dan masukkan ke dalam adunan di atas
    * gaul adunan sehingga sebati kemudian tuang dalam acuan
    * simpan dalam peti ais selama 1 malam (hingga beku)



AISKRIM KACANG MERAH
Bahan-bahan:

    * 270gm coffemate ( creamer)
    * 500ml susu segar
    * 100gm gula halus ( gula kastor)
    * 1 tin kacang merah (boleh didapati di pasaraya atau gunakan kacang merah dalam bungkusan, perlu direbus
 hingga lembut dahulu)

Cara-cara:
    * Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar, kacau guna wisk hingga semua bahan larut dan sebati
    * simpan dalam peti ais, bekukan selama 4 - 5 jam
    * toskan kacang merah, lecek hingga hancur, keluarkan ais krim yang dibekukan tadi dan masukkan ke dalam
 mixing bowl. Putar dengan kelajuan maximum selama 10 minit hingga ais menjadi gebu dan agak pekat
    * masukkan kacang merah sedikit demi sedikit ke dalam ais krim dan putar lagi selama 1-2 minit. tuang ke dalam
 acuan dan bekukan selama 8 jam

Semoga berhasil yer...bye...