nuffnang

13 February 2011

Resepi Sup Ekor


..::ASSALAMUALAIKUM::..

RESEPI SUP EKOR




Bahan-bahannya:
1/2 kg ekor lembu
3 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland
8 biji cili akar
Daun sadri
Tomato
2 biji limau nipis
Garam
Minyak utk menumis
Cara-cara memasaknya:
Rebus ekor sehingga empuk.(saya guna wok utk merebus kerana dapat menjimatkan masa selain ianya cepat empuk. Kira-kira 1 1/2 jam tanpa penyejatan air yg terlalu banyak berbanding periuk biasa).Setelah empuk,alihkan bahan rebusan seketika.
Tumis bawang putih, bawang holland dan cili hingga separa layu.
Masukkan semula bahan rebusan ekor.
Setelah mendidih masukkan daun sadri dan tomato.
Setelah daun sadri separuh masak, masukkan garam atau penambah perisa seperti ajinomoto/cukup rasa/pasti sedap.Awas..!!! Jangan sampai terlebih kerana akan meninggalkan kesan jangka masa panjang untuk tubuh kita..!!!
Akhir sekali perahkan limau diatas masakan anda dan bolehlah hiaskan dengan daun sup serta bawang goreng.
Pasti selera terutamanya bagi mereka yang baru sembuh dari demam.

note:ibu tak sempat nak upload pic sup ekor yang telah siap dihidang.Kamera dah habis batery plak..
..::SEMOGA BERJAYA::..

No comments: