nuffnang

13 February 2011

Doktor oh doktor

..::ASSALAMUALAIKUM::..

Semalam 12 Feb 2011..aku bawa anak (my new baby) ke Hospital Serdang. Dah lama sebenarnya kami dengar nafasnya macam tak stabil.Berbunyi-bunyi...macam susah nak nafas.Aku fikir...mungkin sbb dia batuk dan terlalu banyak kahak yang terkumpul.Jadi,tanpa berlengah kami pun bawalah dia ke doktor.Risau-risau la...kalau lambat2 nanti dapat pulak jangkitan kuman di paru-paru.

Sementara menunggu angka giliran dipanggil,punyalah mengantuk aku menunggu.Dah la tengaharinya aku baru balik dari ''Tupperware Welcoming Party 4 New Consultant". Mau tak letih, petang lepas asar terus ke hospital...aku punya tersengguk2 jgn ditengoklah...naseb tak leleh ayaq lioq..

So,untuk m'hilangkan rasa mengantuk tu, apalagi, aku pun borak2 la dengan kakak2, makcik2, abang2, sesiapa sahaja yang berhampiran aku tu. Kononnya nak promote la New Catalogue ni. Tapi tak sampai hati pulak nak bersuara. Syok sangat dengar masalah penyakit org. Ada yang anak patah tangan (biasala tu...sama la mcm anak2 aku yg 2 org tu), ada yang suaminya kebas sebelah tangan, ada yang anaknya kaki bersimen dari pinggang ke lutut...haiihhh...macam2 ada...

1056
Sampailah giliran nombor aku jumpa doktor.Dia pun cek la semua badan and dada baby ni...
"He's ok..lung ok..no fever..bp ok.."
So,apa masalahnya yang nafas tu boleh berbunyi.
"Bunyi tu datang dari kerongkong dan melalui hidung, tapi tak per kita cuba bagi dia gas untuk bantu dia bernafas,"
Oh my God...tak kan athma kot...

Lastly, abis sajer gas,doktor bagi ubat titis dalam hidung untuk bantu pernafasan..w/ever la doc...Tapi sampai hari ini, masih tiada perubahan...baby tetap batuk dan nafasnya berbunyi.

Semoga baby ibu cepat sembuhnya....

Hanzalah ibni Ali

No comments: