nuffnang

23 October 2011

Nasi Jagung

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengikuti perkembangan resepi ibu...
Hari ni ibu masak nasi jagung. Nasi ni ibu belajar dari emak ibu (opah). Opah tu pun belajar dari suami kakak dia iaitu pak sedara ibu lah (pak Lang)... Utk pengetahuan semua, kalau nasi jagung ni pak lang yang masak....gerenti sedaaappp saannggaatttt....Ibu pun tak tahulah apa resepi yang kurang sebab rasa nasi jagung ibu dgn pak lang ni amat2 lain rasanya...kiranya boleh di bezakan walaupun ibu dah expert masak nasi jagung ni...ceewwwaaaahhhhhh.............. wei weeiitttttttttt........... :)


Jom tengok dulu rupanya....tarrraaaaaaaaaaaaaa....




waahhh....enaknya...


Ok lah...jom tengok resepinya pulak...

Resepi Nasi Jagung ( hidangan untuk 4-7 org )

Bahan-bahan:
3 pot kecil beras  dicuci dan ditoskan
1 labu bawang besar
10 biji kacang gajus
5 biji kacang badam
Minyak Jagung
1/2 tin susu cair / santan
1 tongkol jagung dihiris
Pewarna kuning


Cara memasak :
Sangaikan/bakar kacang gajus dan kacang badam sehingga garing kekuningan.
Kisarkan bawang besar  bersama kacang gajus dan badam. Jangan terlalu hancur.
Panaskan sedikit minyak jagung utk menumis.
Tumiskan bahan kisar td sehingga naik aromanya.
Biarkan sehingga ia garing sedikit dan masukkan air mengikut sukatan beras.
Tunggu sehingga air agak nak mendidih sedikit kemudian bubuh garam atau perasa.
Untuk mendapatkan warna nasi yang cantik, bolehlah titiskan 2-3 titik pewarna kuning.
Anda boleh rasa sedikit air rebusan tadi samada sudah cukup rasa atau kurang rasanya.
Setelah air itu baru mendidih, masukkan beras yang telah dicuci tadi dan kacau rata.
Tutupkan periuk nasi itu seketika sehingga mendidih lagi.
Setelah itu tuangkan susu cair dan jagung yang telah dihiris. Pastikan air ketika itu belum kering bagi memudahkan jagung itu masak.
Setelah jagung digaulkan dgn nasi yang hampir kering tadi, kecilkan api dan tutup periuk anda sehingga nasi itu benar-benar telah masak.


Petua : 
Bagi mengelakkan nasi menjadi mentah akibat kekurangan air, anda bolehlah mengambil sedikit daun pisang anggaran sebesar tutup periuk nasi itu tadi. Basuh bersih dan dilap sehingga kering. Kemudian, setelah nasi itu kering, letakkan daun pisang diatas nasi itu tadi dan biarkan nasi anda masak bersama-sama dengan daun pisang tersebut.


SELAMAT MENCUBA...!!!


Senang jer kan nak buat nasi jagung ni...lauknya anda bolehlah reka sendiri samada nak dipadankan dengan ayam goreng berempah atau sambal udang galah..jelatah ataupun kari dalca....waahhh....semoga dengan air tangan sendiri ini,akan menambahkan lagi kasih sayang antara suami dan isteri serta anak-anak....


Tunggu resepi seterusnya....AYAM GORENG BEREMPAH.....
:)