nuffnang

27 February 2016

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata & tangan. 

Membolehkan fungsi seperti:
Menconteng, melukis, mewarna, menggunting
Menggenggam, memegang, mengetuk, menyepit
Membaling & menyambut bola
Mengambil, menggerakkan, menjatuhkan barang. 
Menyelak buku

Kemahiran motor halus boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti rangsangan. 

AKTIVITI RANGSANGAN

Untuk bayi
󾕓 Rangsang tapak kaki & tapak tangan dengan objek keras seperti lidi
󾕓 Berus tapak tangan & kaki dengan berus mandi/sabut
󾕓 Urut bayi sambil bercakap dengan bayi
󾕓 Geletek bayi
󾕓 'sensory bag'
󾕓 'sensory mat'
󾕓 'sensory play'

Permainan yang menggalakkan anak menggunakan jari (menggenggam/ mengetuk/ menyepit/ menconteng/ melukis/ menulis/ 'hand-eye coordination/ mewarna, mengoyak, menggunting, menampal)



















Contoh permainan tersebut:
'Finger Play song' (Incy wincy spider, The wheel on the bus) Hanzalah and tolhah memang suka lagu2 ni. 
'Lacing'
'Playdough'
Penyepit
'Educational Toys'
Koyak kertas dan kolaj




Bergayut
Bergayut adalah salah satu aktiviti untuk meningkatkan pembangunan motor halus
Dalam masa yang sama, ia juga meningkatkan;
pembangunan motor kasar
daya imbangan
penglihatan

Mulakan dengan ibu jari hingga ke 'monkey bar'
Faedah bergayut;
Daya tangan kuat & halus
Mata lebih fokus
Koordinasi badan baik
Dada besar - lebih oksigen

Faktor kejayaan - ulangan, penguatan, tempoh

24 October 2015

Geoboard - Belajar melalui bermain-

Objektif pembelajaran: 
Anak belajar mengenali bentuk asas seperti bentuk segitiga, bulat, segi empat sama dan segi empat tepat.

Cara bermain:
Individu atau berkumpulan

Bahan:

  • Geoboard
  • Gelang getah (seeloknya guna getah yang berwarna terang supaya bentuk kelihatan lebih jelas)
  • Kad bentuk-bentuk asas (untuk petunjuk anak)




Cara pelaksanaan:
1. Ibubapa perkenalkan bentuk-bentuk asas seperti bentuk segitiga,bulat dan segi empat menggunakan kad.
2.Ibubapa perkenalkan geoboard dan menerangkan kepada anak, bagaimana pin-pin pada alat ini boleh digunakan untuk membuat bentuk daripada gelang getah.
3. Ibubapa membimbing anak bagaimana hendak:

  • menggunakan dua tangan untuk meregangkan gelang getah


  • meletakkan getah satu persatu pada pin untuk membuat bentuk segitiga, bulat dan segi empat.


  • menanggalkan gelang getah secara satu persatu pada pin.








4. Ibubapa bersembang bersama anak dan membincangkan tentang
  • nama-nama bentuk yang dibentuk pada geoboard
  • perbezaan antara bentuk segi tiga, bulat dan segi empat
  • sifat-sifat bentuk, misalnya bentuk segi tiga terdapat 3 penjuru dan segi empat terdapat 4 penjuru.


5. Ulang aktiviti dengan membuat bentuk lain.




6. Ibubapa juga boleh mengajak anak membuat kombinasi bentuk seperti membuat rumah, bangunan dan robot.

Hasil pembelajaran:

  • Anak dapat mengenal pasti bentuk segitiga, bulat dan segi empat
  • Anak dapat membezakan sesuatu bentuk dengan bentuk yang lain.
  • Anak dapat memahami konsep bilangan
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran moto halus 
  • Anak dapat mengembangkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan.