nuffnang

27 February 2016

MERANGKAK MENAIKI DAN MENURUNI TANGGA






MERANGKAK MENAIKI DAN MENURUNI TANGGA

Moment Baby 1y2m


Dalam tubuh badan manusia, deria rasa sendi dan otot ni penting utk membantu kita supaya survive dlm sebarang bentuk menulis dan kerja2 berat. 

Anda tau tak kenapa baby daripada proses baring akan melalui proses meniarap, kemudian merangkak, dan seterusnya berjalan dan berlari? Haaaa sebab fungsi deria rasa otot dan sendi ni la! kita tak nampak dengan mata kasar, tup2 anak dah boleh buat itu Ini. senyap2 je kan deria rasa ni berfungsi?

Sebab tu la baby yg skip merangkak, banyak masalahnya di kemudian hari especially bila bab melibatkan motor halus dan menulis.

Kurang bagi anak bergerak pun sama. Anak tak belajar dari persekitaran.

Cuba tgk mcm baby ni... nak turun dari tangga tu, tak payah tengok belakang dan bawah pun dah boleh anggar jarak mcm mana nak turun dari tangga. Cuma tengok sekali imbas sahaja dah boleh tau jarak di antara anak tangga dengan anak tangga berikutnya,lepas tu terus plan movement macam mana nak turun (motor planning skills).

Deria rasa otot dan sendi ni tak perlu bergantung kepada deria rasa visual (penglihatan) pun, banyak benda dalam pekerjaan harian memang boleh dibuat. Sebab tu la org buta, takde deria penglihatan, tapi boleh je bergerak dan uruskan diri setiap hari.

Itu function deria rasa otot dan sendi yg kita tak nampak secara mata kasar bekerja dalam diam la tu!

Tapi hati2 Ye.. benda yg kerja dalam diam ni, bawak impact besar dalam kehidupan kalau tak dijaga dan dilatih dengan baik.

Banyak lagi aktiviti yg boleh merangsang deria sendi ini. Ibu-ibu boleh ajak anak merangkak atas pasir dan permukaan bertekstur seperti rumput dan rough carpet. 





Tak susah pun nak latih semua benda ni kan? nak bagi challenging sikit, letak la bantal di depan anak ni bila dia tengah active merangkak. kita pantau la.

Aktiviti merangkak sangat elok dilakukan bagi kanak2 yg sedang meningkat umurnya,iaitu sekitar umur 6 tahun ke bawah. nak2 kita angkat sikit kaki diorang, buat latihan wheelbarrow walking tu... tangan je gerak ke depan ke belakang. mmg bagus buat utk dptkan strength tangan anak.

Hindarkan dari mengajar anak slide menggunakan jari ye ibu-ibu... nak slide guna jari boleh tapi ajar tarik dan tutup pintu almari atau pintu yg sliding type tu...

Cubalah Ye. tak cuba tak tahu keputusannya

Kredit utk Fb Anakibuayah

No comments: