Anak belajar mengenali bentuk asas seperti bentuk segitiga, bulat, segi empat sama dan segi empat tepat.
Cara bermain:
Individu atau berkumpulan
Bahan:
- Geoboard
- Gelang getah (seeloknya guna getah yang berwarna terang supaya bentuk kelihatan lebih jelas)
- Kad bentuk-bentuk asas (untuk petunjuk anak)
Cara pelaksanaan:
1. Ibubapa perkenalkan bentuk-bentuk asas seperti bentuk segitiga,bulat dan segi empat menggunakan kad.
2.Ibubapa perkenalkan geoboard dan menerangkan kepada anak, bagaimana pin-pin pada alat ini boleh digunakan untuk membuat bentuk daripada gelang getah.
3. Ibubapa membimbing anak bagaimana hendak:
- menggunakan dua tangan untuk meregangkan gelang getah
- meletakkan getah satu persatu pada pin untuk membuat bentuk segitiga, bulat dan segi empat.
- menanggalkan gelang getah secara satu persatu pada pin.
4. Ibubapa bersembang bersama anak dan membincangkan tentang
- nama-nama bentuk yang dibentuk pada geoboard
- perbezaan antara bentuk segi tiga, bulat dan segi empat
- sifat-sifat bentuk, misalnya bentuk segi tiga terdapat 3 penjuru dan segi empat terdapat 4 penjuru.
5. Ulang aktiviti dengan membuat bentuk lain.
6. Ibubapa juga boleh mengajak anak membuat kombinasi bentuk seperti membuat rumah, bangunan dan robot.
Hasil pembelajaran:
- Anak dapat mengenal pasti bentuk segitiga, bulat dan segi empat
- Anak dapat membezakan sesuatu bentuk dengan bentuk yang lain.
- Anak dapat memahami konsep bilangan
- Anak dapat mengembangkan kemahiran moto halus
- Anak dapat mengembangkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan.